Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ISU AGAMA ~ Pandangan Ustaz Aizam mengenai Syiah ini wajar dihadam

 Oleh: Ustaz Aizam Mas'ud



Apa yang orang politik wajib hadami, apabila kita bercakap tentang isu Syiah di Malaysia, kita bukan bercakap seolah-olah Syiah telah wujud ratusan tahun dahulu di Malaysia.

Seolah-olah sudah ada orang Melayu Malaysia yang menganut Syiah sejak tujuh keturunan mereka.

Seolah-olah sejak dahulu sudah wujud perkampungan, mullah dan kitab-kitab jawi Syiah di Malaysia.

Sekali-kali tidak!

Sebaliknya, apa yang kita tegaskan adalah apa yang berlaku hanya beberapa dekad ini.

Apabila sudah ada orang Melayu yang menganut Syiah.

Menulis buku-buku yang membela Syiah. Membuka markaz-markaz pengajian Syiah. Menyambut hari-hari ritual Syiah.

Ini sebenarnya adalah hasil daripada harakah al-tashayyu’ iaitu GERAKAN PENSYIAHAN yg terjadi kepada orang Melayu di Malaysia.

Sebahagiannya menjadi kajian dalam tesis PhD saya yang memfokuskan kelicikan penganut Syiah Melayu memasukkan jarum-jarum Syiah menerusi penulisan.


Percayalah, jika hari ini kita mengatakan Syiah itu hanya isu perbezaan mazhab, ketahuilah esok lusa akan lahir generasi Melayu yang lidahnya lancang mengutuk, mencaci maki & mempertikai para sahabat, kononnya atas dasar “berbeza pendapat”.

Wallahul musta’aan..

Aizam Mas'ud




credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ISU AGAMA ~ Pandangan Ustaz Aizam mengenai Syiah ini wajar dihadam

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×