Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PELIK TAPI BENAR ~ 5 Makanan Unik Paling Mahal Di Dunia Untuk Golongan Kaya

Tahukah anda ada sesetengah Makanan yang harganya lebih mahal daripada sebuah kereta dan kadang-kala mencecah nilai sebuah rumah? Ya! Macam tidak percaya, kan?

Namun, ada segelintir masyarakat yang sanggup menghabiskan banyak wang hanya untuk menikmati makanan yang mewah itu.

Perkara ini menimbulkan persoalan, apa sebenarnya terkandung dalam makanan tesebut sehingga dijual begitu mahal kepada pembeli?

Berikut adalah lima makanan termahal di dunia:

1. Daging Wagyu - AS$2,800


Menurut sumber, daging ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia.

Malah, rasa daging ini juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa.

2. Pizza Royale 007’ - AS$4,200


Piza termahal ini dihasilkan daripada ramuan yang mahal seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa.

Bukan itu sahaja, lapisan atas piza bersaiz 12 inci ini dibuat daripada kepingan emas 24 karat yang boleh dimakan.

3. Tembikai Yubari – AS$22,872


Tembikai yang digelar sebagai 'raja buah' ini dijual pada harga yang tinggi kerana rasanya yang manis dan sempurna.

Buah ini merupakan hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun.

4. Almas beluga caviar - AS$28,000


Kaviar dihasilkan daripada telur sturgeon albino yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia.

Bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

5. Trufel Putih (trifola d’Alba) – AS$160,406


Trufel, sejenis cendawan mewah yang berasal dari Itali ini merupakan trufel terbesar dan termahal di pasaran.

Menurut sumber, cendawan ini dijual pada harga yang tinggi kerana masa yang diambil untuk tumbuh agak lama, menyebabkan harga sekilo trufel mencecah ribuan dolar.

Sumber artikel: SentiasaPanas

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PELIK TAPI BENAR ~ 5 Makanan Unik Paling Mahal Di Dunia Untuk Golongan Kaya

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×