Arya kini menjalani hidup dengan lebih ceria setelah berjaya mengurangkan Berat badan.
Ketika lahir, berat Arya sekitar 3.1 kilogram dan berat badannya mulai naik mendadak sejak usia lima tahun, sehinggalah pada usia sembilan tahun berat badannya mencecah 127 kilogram.
Dengan berat badan yang berlebihan, Arya mengalami pelbagai kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian, dia tidak mampu bermain dan bersekolah seperti rakan sebaya yang lain.
Namun setelah menjalani pembedahan bagi mengurangkan berat badan, Arya yang kini berusia 12 tahun mampu menarik nafas lega.
Hasil pembedahan dan diet ketat di bawah seliaan pakar, Arya berjaya menurunkan 83 kilogram daripada berat asal.
"Saya dilarang mengambil makanan manis, selain itu saya juga harus makan lebih sayur dan buah-buahan serta melakukan senaman," ujar Arya yang teruja dapat kembali ke sekolah dan bersukan dengan rakan sepermainan.Ibu bapa Arya, Rokayah dan Ade Somantri turut melahirkan rasa syukur anak mereka kini mampu tersenyum dan hidup normal seperti kanak-kanak seusianya. - news.com.au