Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#VIDEO TULAR ~ Bagaimana Mahathir & Daim Seksa Saya - TS Tajudin Ramli

TOKOH perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli.

BAGI generasi yang lahir pada 1990-an, kisah jutawan Melayu kelahiran Kedah ini, Tan Sri Tajudin Ramli mungkin kurang diketahui apatah lagi dijadikan topik perbualan penyokong pembangkang!

Namun, bagi mereka yang pernah merasai zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada dekad tersebut, cerita Tajudin pasti diingati sebagai antara ‘drama’ skandal mantan perdana menteri itu dan tidak dapat dilupakan.



Ia menyaksikan gergasi telekomunikasi tempatan, Celcom hampir muflis akibat dipaksa menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) yang nazak susulan kes forex Bank Negara Malaysia (BNM).

Kisah Tajudin kemudian lenyap ditelan zaman tetapi ekoran tindakan Mahathir, 92, yang kembali semula dalam arena politik tanah air, video temu bual eksklusif hartawan Melayu ini muncul semula dan tular sejak semalam.

Ini mengimbau semula skandal korporat terbesar di negara kita sehingga pernah dibongkar wartawan Australia, Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick pada 2009 yang mendakwa Mahathir ‘songlap’ RM100 bilion.

Klip yang dikongsi melalui media sosial itu memaparkan bekas pengerusi MAS dari 1994 hingga 2001, mengimbas kembali perbualan balik tabir dengan Tun Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan yang rapat dengan Mahathir.

Tajudin berkata pernah suatu hari Daim menemuinya dan meminta beliau mengambil alih MAS melalui pembelian 32 peratus kepentingan dalam syarikat berkaitan kerajaan itu sebelum dipaksa berbuat demikian oleh Mahathir.

“Saya cakap dengan dia, kalau nak beli MAS, harga RM3 (seunit saham) lah.” Daim tidak bersetuju dengan tawaran itu, menyebabkan Tajudin menaikkan kepada RM5 seunit, pada jumlah sekitar RM1.1 bilion untuk 224 juta saham.

Tajudin mengingatkan Daim nilai saham MAS di pasaran ketika itu hanya RM3 seunit, pada jumlah sekitar RM600 juta. Beliau diarahkan memegang MAS dengan membeli 32 peratus saham BNM untuk RM1.8 bilion pada 1994.

Malangnya masalah kewangan yang melanda operator udara negara itu menyaksikan kerajaan menerusi Khazanah Nasional mengambih alih MAS pada tahun 2001 dan kemudian dipulihkan sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB).

“Lebih saya kena bayar itu: RM400 juta. Kerajaan nak pergi berhutang di luar negeri pun, pada masa itu, nak dapatkan RM400 juta, ‘bercalar kaki’ (sukar). Jadi saya bagi RM400 juta dengan kamu juallah pada saya RM5.”

Tajudin kata selepas membuat tawaran pelik tersebut, Daim menemuinya sekali lagi, kali ini dengan pesanan khas daripada Mahathir, perdana menteri ketika itu, meminta beliau membeli juga saham MAS pada harga RM8 seunit.

“Saya diamlah. Saya kata ‘tak boleh beli’. Lepas itu baru keluar: ‘kamu tak boleh kata ‘tidak’ pada PM,” luah Tajudin yang terpaksa membuat pinjaman RM1.79 bilion daripada beberapa bank untuk membiayai pembelian saham MAS.

Kekecohan berlaku tujuh tahun kemudian apabila pihak kerajaan tiba-tiba bertindak membeli kembali saham-saham miliknya pada harga RM8 seunit, mencecah RM1.79 bilion, lebih tinggi daripada nilai sebenar ketika itu.

Bagaimanapun ekoran isu itu mendapat perhatian umum, setahun berikutnya, syarikat pengurusan aset kerajaan, Danaharta, yang ambil alih pinjaman tidak berbayar itu, mahu mendapatkan kembali RM1.6 bilion dari Tajudin.

Beliau kemudian terpaksa melepaskan segala kepentingannya bernilai kira-kira RM700 juta dalam Celcom, syarikat yang kemudian diambil alih oleh syarikat kerajaan, Telekom Malaysia dan kini dikenali Kumpulan Axiata Berhad.

Pada 2005, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Danaharta terhadap Tajudin membabitkan RM589 juta. Setahun berikutnya, Tajudin memfailkan tuntutan balas, menuntut relif berjumlah RM13.36 bilion. Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa dipaksa untuk membeli MAS oleh Mahathir dan Daim.

Sumber:mymassa

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#VIDEO TULAR ~ Bagaimana Mahathir & Daim Seksa Saya - TS Tajudin Ramli

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×