Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PRU 14 ~ PKR pertikai identiti sebenar ‘ahli’ bantah Dr M guna lambang PKR PRU 14

Loganathan yang mengetuai Penunjuk Perasaan mendakwa hampir 12,000 ahli PKR negeri tidak mahu dikaitkan dengan Dr Mahathir.

GEORGE TOWN: Persoalan timbul tentang identiti sebenar penunjuk perasan anti-Mahathir yang berhimpun di pejabat PKR di Seberang Jaya hari ini yang mendakwa diri mereka ahli parti.

Sambil membawa poster dan sepanduk mengecam Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, kumpulan itu menggesa PKR untuk tidak membenarkan bekas perdana menteri itu menggunakan lambang “mata” pada pilihan raya akan datang.

Jurucakap mereka, A Loganathan mendakwa semua 11,500 ahli PKR Pulau Pinang yang berketurunan India tidak berpuas hati dengan langkah itu kerana perbuatan lampau Dr Mahathir terhadap pemimpin parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara poster yang dibawa penunjuk perasaan.

“Kenapa pula PKR nak pungut dia? Ini orang tak tahu malu punya manusia. Dia hina kita dulu, dia pukul dulu, dia celakakan kita dulu, tapi kini dia datang nak minta lambang kita pulak? Tidakkah menampakkan kita ini bodoh?
“Kami tidak rela PKR ini dipergunakan oleh seorang insan yang kami benci. Insan ini sudah tidak relevan lagi dalam politik Malaysia kini,” katanya.

Loganathan berkata PKR boleh memenangi pilihan raya tanpa Dr Mahathir dan mengulangi seruan oleh beberapa ahli PKR di Kuala Lumpur meminta parti untuk tidak membenarkan Dr Mahathir menggunakan lambang PKR.

Bagaimanapun, seorang ahli PKR yang berkhidmat di pejabat PKR berkata dia tidak pernah nampak Loganathan dan penunjuk perasaan lain sebelum ini.

Fahmi tidak dapat mengesahkan sama ada penunjuk perasaan benar-benar ahli PKR.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang Fahmi Zainol juga berkata seorang pemimpin PKR mengesahkan mereka tidak mengenali kumpulan penunjuk perasaan itu.

“Pada ketika ini kita tidak dapat mengesahkan mereka ahli, tetapi kita diberitahu oleh ketua bahagian bahawa tidak pernah nampak mereka sebelum ini. Kita akan siasat,” katanya.

Pengarah Keselamatan PKR Permatang Pauh Talib Ibrahim berkata satu laporan polis dibuat awal pagi tadi tentang penunjuk perasaan itu.

“Penunjuk perasaan itu bukan ahli PKR. Mereka tidak dapat tunjukkan bukti mereka ahli,” katanya.

Loganathan ketika dihubungi berkata dia bekas timbalan ketua PKR Bukit Tambun dan seorang ahli parti yang aktif.

Talib Rahman (mengangkat tangan) meminta penunjuk perasaan bersurai.

“Mereka kata saya bukan ahli. Mereka boleh periksa dengan Adun Bukit Tambung Law Choo Kiang. Dia kenal siapa saya.”[FMT]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PRU 14 ~ PKR pertikai identiti sebenar ‘ahli’ bantah Dr M guna lambang PKR PRU 14

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×