Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BUNUH IMAM ~ Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi

KPN Fuzi Harun menunjukkan lakaran Wajah Dua Suspek yang dipercayai menembak mati warga Palestin, Dr Fadi di Setapak, Sabtu lepas. - Foto Twitter Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan Lakaran Wajah Dua suspek kes bunuh Imam Palestin, Dr Fadi Mohammed al Batsh di semua pintu keluar masuk negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek dipercayai warga Eropah atau Asia Barat.

Menurutnya, kedua-dua suspek dikesan menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS atau Kawasaki Versys.

“Suspek memakai jaket warna gelap, topi keledar gelap dan membawa beg galas. Lakaran imej kita perolehi
“Fotofit berkulit cerah dipercayai warga dari Asia Barat atau Eropah jambang yang panjang di dagu dengan ketinggian 180 sentimeter selain kedua-dua suspek berbadan tegap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemakaian pangkat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pagi ini.

Menurut Mohamad Fuzi, keputusan bedah siasat mendapati terdapat 14 kesan tembakan ditemui pada badan dan kepala mangsa.

Katanya, peluru dan kelongsong telah dihantar kepada pakar untuk dianalisis bagi mengetahui jenis senjata digunakan.[Awani]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BUNUH IMAM ~ Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×