Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PRU 14 ~ Manifesto Pas Perak mesra anak muda

Manifesto PRU14 Pas Perak dilancar merangkumi 39 akujanji.

IPOH - Pemuda Pas Perak menganggap manifesto yang dilancarkan Pas Perak mesra anak muda.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, beberapa akujanji yang ditampil hasil daripada aspirasi anak muda berdasarkan keperluan semasa mereka.

Katanya, sebagai contoh hadiah RM1,000 kepada pengantin lelaki yang pertama kali mendirikan rumah tangga kerana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda.

"Manifesto ini menyeluruh sebenarnya, bukan untuk anak muda semata-mata tetapi semua rakyat Perak.

"Kesemua akujanji ini dibuat berdasarkan keperluan untuk rakyat Perak mengikut acuan Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai manifesto Pas Perak yang dilancarkan, Ahad lalu.

Mohd Akmal berkata, pemberian insentif RM1,000 kepada mereka yang menjalankan perniagaan online juga antara perkara menarik dalam manifesto ini memandangkan kebanyakan mereka yang terlibat dalam perniagaan online ini merupakan orang muda.

"Selain itu, Pas Perak turut berjanji menambahbaik kualiti dan meluaskan khidmat wifi percuma di lokasi tempat awam.

"Dalam pada itu, kita juga sedia memberikan pendidikan percuma di semua sekolah rendah agama rakyat selain menawarkan biasiswa kepada anak Perak yang cemerlang dalam pendidikan," katanya.

Beliau berkata, paling menarik dalam manifesto itu ialah lot tapak rumah kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Katanya, semua pelaksanaan akujanji tersebut memerlukan sokongan semua dalam memastikan Pas menang di Perak dan memerintah negeri ini.

Mohd Akmal berkata, rakyat Perak khususnya anak muda perlu memilih dengan tepat bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

#prusinar #aparakyatmahu

[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PRU 14 ~ Manifesto Pas Perak mesra anak muda

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×