Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ROSAK ~ Aktivis Melayu Liberal,Nik Elin Kata Hijab Pun Kena Rogol...

SELEPAS seorang aktres propembangkang yang cetus kontroversi kerana memuat naik kenyataan seperti membela nasib perogol bulan lalu, kali ini tampil aktivis sosial mempertahankan artis itu.

Nik Elin Zurina Datuk Nik Abdul Rashid yang juga terkenal dengan fahaman liberalnya malah mempertikaikan pemakaian hijab dan menuduh hukuman hudud dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan sebagai tidak berkesan.

Beliau dipetik portal tempatan mendakwa konon amalan bertudung gagal melindungi nasib kaum wanita Kelantan daripada menjadi mangsa jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi di negeri Pantai Timur Semenanjung itu.

Ia susulan kes seorang penganggur dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Kota Baru pada 31 Januari lalu kerana didapati bersalah merogol dan membunuh seorang suri rumah di kediaman mangsa tiga tahun lepas.

“Berdasarkan maklumat daripada laman internet, mangsa rogol itu masih memakai tudung dan ia tetap tidak dapat menghalang wanita tersebut daripada dirogol dan dibunuh di hadapan anak lelakinya yang berusia lima tahun.”

“Hudud hanya melibatkan kes pencurian, minum arak, zina dan saksi palsu. Manakala (hukuman jenayah) bunuh terletak di bawah qisas yang bermaksud, pembunuh boleh elak digantung jika keluarga mangsa memaafkannya.”

Bagaimanapun, tinjauan portal Menara.my gagal untuk menemukan kewujudan laporan “laman Internet” yang dimaksudkan beliau, konon menyebut tentang mangsa berhijab dalam rumahnya sewaktu kejadian pecah masuk.

Sebaliknya fakta kes mahkamah hanya mendedahkan mangsa diperkosa dan dibunuh dengan kejam berlaku antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Batu Papan, Gua Musang pada 1 Mac 2015.

Namun menurut portal propembangkang Free Malaysia Today, Nik Elin menyelar kerajaan PAS yang dilihatnya sebagai gagal menentukan keutamaan dalam pentadbirannya dan hanya berminat dengan penutupan aurat wanita.

“Masalah dengan PAS adalah, kepimpinan parti ini hanya berminat dengan perkara-perkara remeh seperti menutup rambut (aurat) bagi wanita. Itu perkara pertama yang dikuatkuasakan selepas (PAS) memegang kuasa sejak 1990.”

“Perkara lain seperti isu hal ehwal ekonomi negeri tidak berapa penting baginya (PAS). Jadi kami (rakyat Kelantan) memiliki masalah sosial seperti kadar pengangguran tinggi dan menyebabkan ramai rakyat terbabit kes jenayah.”

Nik Elin sebelum ini pernah menggemparkan masyarakat apabila mendakwa bahawa konon pelaksanaan hukuman sebat ke atas golongan wanita di Kelantan adalah akibat ketandusan medium hiburan di negeri berkenaan sendiri.

Ini kerana ujarnya, pusat hiburan di Kelantan tidak banyak dan arahan pemakaian tudung konon bukanlah perintah daripada Tuhan di samping aurat wanita adalah di sekitar bahagian kemaluan sahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ROSAK ~ Aktivis Melayu Liberal,Nik Elin Kata Hijab Pun Kena Rogol...

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×