Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#AL FATIHAH ~ Arwah sempat muat naik status Facebook sebelum meninggal dunia

KANGAR - Bekas Pengerusi Kelab Peminat Sinar Harian Perlis, Nor Alami Ismail, 52, atau lebih dikenali Alami Perlis, sempat memuat naik status di Facebook miliknya dua jam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 3.30 pagi tadi, di rumahnya, di Bukit Keteri.

Allahyarham Alami, sebelum itu baharu sahaja selesai pengambaran sebuah drama di Hospital Tuanku Fauziah sebagai pelakon tambahan.

Menurut isteri Allahyarham, Rosliza Shaadan, Allahyarham meninggal dunia di pangkuannya dan mereka sempat berbual sebelum masing-masing melelapkan mata sekitar 2.30 pagi.

“Sejak 3.00 petang semalam (Ahad), Allahyarham sibuk uruskan Bonet Ahad di Tasik Melati sehingga 7.00 petang. Allahyarham pulang ke rumah sekejap untuk mandi, solat dan tukar baju, makan pun tak nak sebab ada pengambaran di Hospital Tuanku Fauziah,” katanya.

Rosliza berkata, sejurus selesai pengambaran, Allahyarham pulang ke rumah sekitar 2.00 pagi.

“Saya yang buka pintu rumah masa Allahyarham balik, adalah dia cerita pasal lakonan tadi. Sempat dia bagitau saya, ada masukkan gambar penggambaran di Facebook. Lepas sembang sekejap, dia pun terlena,” katanya.

Allahyarham Alami sempat muat naik status di Facebook sebelum meninggal dunia.

Tiba-tiba sekitar 2.50 pagi, Allahyarham terjaga dari tidur dan mengadu senak pada bahagian perut.

“Allahyarham berasa tidak sedap badan, macam perut masuk angin. Dia minta saya picit badan supaya angin keluar, tapi sama juga. Selepas itu, dia ke tandas dan muntah,” katanya.

Allahyarham kemudian memanggil Rosliza dengan suara yang terketar-ketar, dan sebaik membuka pintu tandas, Allahyarham dalam keadaan lemah.

“Saya papah Allahyarham ke dapur dan dudukkan di lantai. Ketika ambulans sampai, Allahyarham disahkan sudah tiada,” katanya.

Rosliza berkata,Allahyarham tiada menghidap penyakit serius, cuma tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital akibat kolesterol tinggi.

“Mungkin Allahyarham tidak cukup rehat kerana terlalu banyak kerja dan kepenatan. Doktor sahkan Allahyarham meninggal dunia kerana masalah jantung,” katanya.

Allahyarham Alami meninggalkan tiga anak berusia antara 25 hingga 14 tahun dan dua cucu.

Selain aktif dalam bidang pengacaraan dan deejay program, Allahyarham turut mengasaskan Bonet Ahad, iaitu kumpulan peniaga jualan bonet kereta sekitar Perlis.

Allahyarham juga antara pencetus idea penubuhan Kelab Peminat Sinar Harian Perlis yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Keteri, selepas selesai solat Zohor.

Suhailawati Umar, 35, ahli Bonet Ahad menyifatkan, Allahyarham seorang yang suka membantu dan komited dalam kerjanya.

“Ahli Bonet Ahad sekitar 80 orang, yang aktif 30 lebih. Kami terkejut sebab tak ada tanda-tanda Allahyarham sakit, dia sentiasa periang. Petang tu saya bagitau ramai ahli akan sertai program Kraftangan minggu depan, saya masih ingat kata-kata terakhirnya yang cukup terkesan,” katanya.

Menurutnya, jawapan bersahaja Allahyarham seakan memberi petanda akan meninggalkan urusan dunia selamanya.

“Jawapan Allahyarham yang saya tak boleh lupa; ‘Takpalah nanti saya masukkan dalam grup survey berapa ramai join program Kraftangan. Kalau ramai kita cutilah Bonet Ahad.’ Seakan-akan ada sesuatu katup (tutup) Bonet Ahad, rupanya Allahyarham nak bercuti selamanya,” katanya.

Suhailawati berkata, mereka akan berusaha meneruskan perjuangan yang Allahyarham usahakan, sehingga berjaya wujudkan tiga lokasi jualan bonet kereta di Perlis.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#AL FATIHAH ~ Arwah sempat muat naik status Facebook sebelum meninggal dunia

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×