Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PENGARAH JIPS PDRM ~ Asri ganti Abdul Rahim

MOHAMAD Fuzi (tengah) menyaksikan penyerahan tugas daripada Abd Rahim (kiri) kepada Asri (kanan). FOTO Hafiz Sohaimi

BEKAS Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman baru berkuatkuasa 1 Februari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi yang akan bersara wajib pada Khamis ini

Abdul Rahim sudah berkhidmat lebih 34 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memulakan tugas sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis (ASP) pada 27 Februari 1983.

Sebelum dilantik menjadi Pengarah JIPS, Abdul Rahim pernah dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan, Pulau Pinang dan Perak.[myMetro]

Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Selain Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JIPS, turut diadakan adalah Majlis Pemakaian Pangkat 16 pegawai kanan polis yang diketuai oleh Asri.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PENGARAH JIPS PDRM ~ Asri ganti Abdul Rahim

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×