Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#JEJAK KASIH ~ Polis bersara cari rakan terpisah 56 tahun lalu

ABU Bakar (kiri) dan Karim ketika bertugas di Kuala Nerang, Kedah pada 1960 hingga 1962.

Johor Bahru: Pesara polis, Abu Bakar Malek, 88, yang terputus hubungan dengan rakan setugasnya sejak 56 tahun lalu Berharap Dapat Bertemu semula dengan lelaki berkenaan.

Menurut Abu Bakar, mereka sama-sama berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Balai Polis Kuala Nerang, Kedah pada 1960 hingga 1962.

Abu Bakar berkata, dia berharap dapat bertemu kembali dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Karim, 80-an, ketika sama-sama bertugas sebagai anggota trafik di IPD JBU pada 1960 hingga pertengahan 1961.

“Pada pertengahan 1961. kami dipindahkan ke kem Pasukan Polis Hutan di Kuala Nerang dan berkhidmat selama setahun.

“Pada 1962, kami terpisah apabila saya ditugaskan ke IPD Ipoh, Perak manakala Karim berpindah ke tempat lain.

“Sebaik berpindah ke tempat lain, kami terputus hubungan hingga kini. Saya berkhidmat di unit trafik IPD Ipoh hingga bersara pada 1983 dan pulang ke Segamat,” katanya.

Abu Bakar berharap Karim atau warisnya dapat menghubunginya di talian 011-10955071 untuk mengatur pertemuan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#JEJAK KASIH ~ Polis bersara cari rakan terpisah 56 tahun lalu

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×