Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KREATIF ~ Mekanik berjaya bina kereta berkepala dua

KERETA berkepala dua dihasilkan Roni kini tidak boleh dipandu atas Jalan Raya. - AFP

Jakarta: Selepas bersusah payah lebih tiga bulan membina ‘kereta berkepala dua,’ seorang mekanik di Indonesia diarahkan pula supaya tidak memandunya di jalan raya kerana Tiada Permit Sah untuk mengubah suai kenderaan.

Roni Gunawan membina kereta ‘berkepala dua’ itu dengan bantuan rakannya di Bandung, Jawa Barat apabila mencantumkan dua bahagian depan kereta Toyota Limos satu sama lain.

Kenderaan yang mengambil kira-kira tiga bulan setengah untuk dibina itu masing-masing mempunyai dua enjin, stereng dan pedal.

Menurut Roni, ciri-ciri yang ada padanya itu membuat ia senang untuk diparkir.

Bagaimanapun, impian lelaki berusia 71 tahun itu untuk melihat keretanya dipandu di jalan raya musnah apabila pihak berkuasa tempatan berkata, dia tiada permit sah bagi mengubah suai kenderaan itu.

Walaupun begitu Roni berjanji melakukan sedaya upaya supaya rekaannya itu boleh digunakan di jalan raya satu hari nanti.

“Saya tidak akan membuat yang kedua. Ia yang terbaru di Indonesia - kereta dengan dua kepala dan dua mesin,” katanya. - Agensi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KREATIF ~ Mekanik berjaya bina kereta berkepala dua

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×