'Rapunzel' ini selesa dengan rambutnya. -Foto RT
Memetik laporan RT, Lorenzatti atau lebih dikenali sebagai Rapunzel mempunyai rambut sepanjang 1.52 meter (kira-kira lima kaki) dan ia dinobatkan sebagai rambut terpanjang bagi kategori remaja oleh Guinness World Records.
Lorenzatti tidak pernah menggunting rambutnya sejak 10 tahun lalu.
“Pada ketika itu, saya tak puas hati bila rambut saya jadi pendek sangat. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak mengguntingnya lagi sehinggalah ke hari ini.
“Gelaran Rapunzel tu pun saya dapat selepas empat tahun tak gunting rambut, kalau gunting pun bahagian hujung-hujung sahaja,” katanya.
Tidak pernah menganggap menyikat rambut adalah beban, Lorenzatti berkata, menyisir rambut adalah senaman untuknya.
“Walaupun begitu, kadang-kadang terasa sakit juga lebih-lebih lagi saat saya naik atau turun tangga, ini kerana rambut dan ketinggian saya hampir sama saja. Jadi, saya terpaksa angkat.
“Paling sukar apabila ada angin. Rambut saya yang ditiup angin akan mengganggu sedikit sukar dikawal. Saya terpaksa mengikat tocang pada rambut saya," ujarnya.[SH]