Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ISU ANTIRASUAH ~ 11 putera Saudi ditahan...pengasas Petro Saudi turut ditangkap

Bakal Raja Arab Saudi dilihat mengukuhkan pegangannya terhadap tampuk kuasa melalui badan antirasuah dengan menangkap kerabat diraja, Menteri Dan pelabur.

Turut menjadi mangsa adalah jutawan Alwaleed Talal, salah seorang ahli perniagaan terkemuka.

Putera Alwaleed, anak saudara raja dan pemilik syarikat pelaburan Kingdom Holding, melabur dalam syarikat-syarikat seperti Citigroup dan Twitter.

Beliau antara 11 putera, empat menteri, dan berpuluh-puluh bekas menteri yang ditangkap, menurut maklumat tiga pegawai kanan kerajaan kepada Reuters semalam.

Bekas gabenor Riyadh Putera Turki Abdullah, anak ketujuh Raja Abdullah Abdulaziz, yang memerintah Arab Saudi daripada 2005 hingga kematiannya sepuluh tahun selepas itu antara yang ditahan.

Putera Turki, pengasas bersama syarikat minyak PetroSaudi yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Beliau didakwa menjadi penderma wang berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akau peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berita berkaitan tindakan keras itu terbit selepas Raja Salman memerintahkan penubuhan badan antirasuah yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman, 32, yang sedang mencipta nama dalam politik negara itu walaupun peluangnya tidak jelas tiga tahun lalu.

Sumber:Warga Marhaen

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ISU ANTIRASUAH ~ 11 putera Saudi ditahan...pengasas Petro Saudi turut ditangkap

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×