Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ALFATIHAH ~ Timbalan Rektor HEP UiTM Arau, pendaki Gunung Everest meninggal dunia

TOKOH sukan lasak negara, Muhammad Fauzan Hassan, 50, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, 5.30 petang semalam.

Arwah yang juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, disahkan meninggal dunia pada 7.15 pagi semalam di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, akibat serangan jantung pada 4 pagi di sebuah hotel di Senai.

Isterinya, Heldayu Hayes, 36, berkata, arwah tidak menunjukan sebarang perubahan sebaliknya mereka bercadang melakukan umrah buat kali kedua, Disember ini.

"Alhamdulillah, selama ini kesihatan arwah dalam keadaan baik, selama ni dia tidak menghidap darah tinggi, kencing manis atau kolestrol.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 4 pagi tadi, arwah mengejut saya memberitahu dadanya sakit dan tidak boleh bernafas.

"Saya cuba mengurutnya namun secara kebetulan tidak membawa minyak angin dan sempat memberinya air.

"Arwah masih boleh berdiri dan ketika berjalan ke bilik air, tiba-tiba terjatuh namun masih sedar dan meminta saya memanggil rakan-rakan menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital," katanya.

Mohamad Fauzan Hassan ketika misi menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest pada 2007

Menurutnya, dia dan arwah bercuti bersama rakan-rakan untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak rakan di Senai dan ke Singapura.

"Doktor memberitahu arwah diserang sakit jantung dan mungkin arwah sendiri tidak sedar dia menghidap penyakit itu selama ini.

"Ketika itu, baru saya teringat dua atau tiga minggu lalu arwah pernah mengadu sakit dada, namun dia tidak menganggap ia serius.

"Kami sebenarnya mengambil peluang cuti sekolah membawa anak-anak berjalan-jalan ke Singapura, pulang ke rumah mentua di Johor Bahru dan rumah ibu bapa saya di Segamat, sebelum bercadang kembali ke Perlis, Ahad ini," katanya.

Menurutnya, arwah berpesan kepada semua anak ini percutian keluarga tahun ini kerana pada cuti sekolah hujung tahun ini, arwah akan mengerjakan umrah bersamanya.

Sementara itu, rakannya, Othman Mohd Hafan berkata, apabila pergi ke bilik arwah dia dapati arwah terbaring dan terus ke penyambut tetamu hotel untuk memanggil ambulans.

"Saya hanya mampu memangkunya sementara menunggu ambulans tiba dan terkejut kerana sebelum itu, kami berbual seperti biasa.

"Saya tidak nampak sebarang perubahan pada dirinya pada majlis sambutan ulang tahun yang kami hadiri sebelum itu," katanya.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 7.15 pagi di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, akibat sakit jantung.

Jenazah tiba di rumah ibunya di Kampung Melayu Majidee, kira-kira 11.30 pagi dan solat jenazah diadakan di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, selepas solat asar.Â

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Gambar kenangan Allahyarham Muhammad Fauzan (kiri) bersama keluarga di Singapura Isnin lalu (gambar kecil). Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, 5.30 petang hari ini. FOTO Ibrahim Isa

Pengkebumian selesai pada jam 5.30 petang dan arwah meninggalkan seorang isteri serta empat anak berusia antara 5 hingga 13 tahun.Â

Allahyarham antara pasukan pertama melakukan Ekspedisi Gunung Everest pada 1997, namun gagal menakluk puncak gunung itu.

Arwah sekali lagi terbabit dalam ekspedisi sama yang menyaksikan dua rakyat tempatan berjaya mendaki ke puncak pada 2004.

Pada 2007, genap 10 tahun selepas gagal melakukannya, Allahyarham berjaya menakluk puncak gunung itu menerusi Ekspedisi Merdeka de Everest.

credit:myMetro



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ALFATIHAH ~ Timbalan Rektor HEP UiTM Arau, pendaki Gunung Everest meninggal dunia

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×