Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PENDAPAT ~ Tak Salah Kedai Dobi Muslim: Bekas Ketua Hakim Negara

ISU sebuah kedai Dobi Muslim di Muar, Johor nampaknya semakin ‘panas’ apabila masyarakat Islam di seluruh negara mulai bersimpati dan menyokong usaha murni pengusaha premis itu.

Meskipun pendakwah, Dr.Zamihan Mat Zin ditahan polis ketika berceramah baru-baru ini kerana kritik Sultan Johor melarang operasi dobi Muslim, sentimen umat Islam kini ternyata cenderung menyebelahi operator kedai itu pula.

Terbaharu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad turut tampil mengesahkan bahawa dari segi perundangan adalah tidak salah bagi pengusaha dobi letak tanda “Untuk Orang Islam Sahaja” di kedai miliknya.

Hal ini kerana tiada satu pun peruntukan undang-undang dalam negara yang melarang perkara sebegini ke atas individu sekali gus menafikan konon ayat digunakan itu berbaur perkauman atau ekstrem kepada agama tertentu.

“Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa waima satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya sekiranya ada.

“Pengusaha laundret adalah seorang individu, bukan pihak berkuasa kerajaan. Peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) tidak terpakai kepada seorang individu. Peruntukan itu hanya terpakai kepada kerajaan.”

Menurut beliau, rujukan Perkara 8 Fasal (1) dalam Perlembagaan hanya mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Manakala, Fasal (2) dalam perkara sama melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara tersebut dalam klausa itu.

Ini bermakna secara legal, tambah beliau lagi, “Pengusaha dobi adalah seorang ahli perniagaan. Dia bebas boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa.

“Peniaga tentu sekali mahu perniagaannya maju. Justeru, dia perlu menarik seberapa ramai pelanggan ke kedai. Jika, sebagai pengusaha laundret, dia mendapati bisnesnya lebih maju jika ia dibuka kepada orang Islam sahaja.

“Maka terserahlah kepadanya untuk membuka operasi kedainya kepada orang Islam sahaja.” Hujah beliau itu sejajar dengan keputusan Majlis Perbandaran Muar yang membenarkan operasi kedai dobi tersebut sebelum ini.

Pihak berkuasa tempatan itu turut dilaporkan mengizinkan premis dibuka kerana ia tidak menyalahi peraturan perihal dagangan yang ditetapkan sendiri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Malahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menyifatkan isu kedai itu bukan besar pun berbanding tindakan segelintir majikan bukan Islam sengaja diskriminasi pekerja Muslim termasuk dalam soal ibadah fardu.

Abdul Hamid dalam pada itu juga mengingatkan masyarakat dan kerajaan agar jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam pula tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam.

Ini kerana perkara saling menjaga perasaan dan sensitiviti adalah tanggungjawab bersama. Kenyataan itu mungkin merujuk pesta arak terbesar gagal diadakan di Kuala Lumpur dan Selangor ekoran bantahan keras umat Islam.

Untuk rekod Abdul Hamid, 75, yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2015 lalu antara hakim yang gigih mempertahankan kesucian ajaran Islam termasuk melarang kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Pada 2014, anak jati Pulau Pinang itu pernah mendedahkan agenda jahat pihak tertentu mahu mengkristiankan masyarakat Melayu dengan berselindung di sebalik tema hak asasi manusia dan pemikiran liberal pluralisme.

Isu kedai dobi khas untuk Muslim di Johor itu menjadi kontroversi akhir bulan lalu apabila terdapat pihak bukan Islam yang dakwa konon perkara ini boleh mencetuskan perbalahan agama antara Muslim dengan bukan Muslim.

Susulan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam tersebut ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.

Meskipun sedih, pengusaha dobi berkenaan dilaporkan akhirnya akur dan memohon maaf di sebalik menerima banyak sokongan pelanggan yang bimbang dengan tahap kebersihan pakaian mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video di bawah sekadar hiasan



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PENDAPAT ~ Tak Salah Kedai Dobi Muslim: Bekas Ketua Hakim Negara

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×