Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#POLITIK ~ PAS desak laksana tujuh tuntutan isu Memali

Muhamad Sanusi (dua, kanan) pada sidang media, kelmarin.

BALING - Pas Kedah mengulangi tujuh desakan terhadap Kerajaan dalam menyelesaikan isu tragedi Memali pada 1985.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pertama, kerajaan mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua mangsa dan waris Memali.

“Pas juga mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali secara adil dan telus di luar pengaruh politik seterusnya mendakwa pihak terbabit di mahkamah,” Katanya.

Beliau berkata demikian selepas ceramah isu Memali: Luka Lama Bukan Luka Kecil di Parit Panjang, kelmarin.

Menurutnya, desakan ketiga fakta kerajaan melalui Kertas Putih Memali diperbetulkan.

“Pas Kedah berpendirian, peristiwa berdarah mengorbankan 14 syuhada dan empat anggota polis adalah satu kesilapan besar pihak pemerintah.

“Kesilapan ditutup dengan laporan direka dalam Kertas Putih Memali (Kertas Perintah 21 tahun 1986- Peristiwa Memali) dan dibentang dalam Parlimen tahun itu,” katanya.

Tegasnya, semua waris syuhada dan ahli keluarga terlibat dalam peristiwa itu perlu dibayar pampasan yang munasabah.

Katanya, selepas tiga dekad, kerajaan hanya membayar wang sagu hati sekali beri kepada keluarga 14 penduduk terkorban.

“Kes ini dibicara di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebelum ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

“Setiap keluarga hanya dibayar RM23,000,” katanya.

Tambahnya, dua lagi desakan perlu diberi perhatian ialah harta benda dan wang ringgit madrasah dirampas perlu dikembalikan. Manakala nama-nama mangsa perlu dibersihkan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#POLITIK ~ PAS desak laksana tujuh tuntutan isu Memali

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×