Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#INFO AGAMA ~ Islam Benarkan Suami Jilat Kemaluan Isteri - Dr MAZA

KUALA LUMPUR – Islam membenarkan Suami Menjilat Kemaluan Isteri ketika melakukan hubungan seks.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam yang menganggap perbuatan itu dilarang memiliki pemikiran yang jumud.

“Allah menyebut isteri-isteri ialah ladang-ladang suami. Jadi datangilah ladang kamu macam mana yang kamu mahu. Buatlah macam mana pun. Agama tak jumud hingga ada ‘style’ (seks) tertentu.

“Yang tak boleh cuma meliwat isteri atau mendatanginya ketika haid. Selain itu dibenarkan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Beliau menjawab soalan peserta satu program ceramah agama apa hukum isteri menyuruh suami menjilat kemaluannya.

Mufti Perlis bagaimanapun mengingatkan suami yang menjilat kemaluan isteri jangan sampai tertelan najis dan seumpamanya daripada kemaluan isteri.

Beliau turut mengingatkan tidak salah untuk suami melihat kemaluan isteri kerana terdapat hadis palsu yang melarang berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#INFO AGAMA ~ Islam Benarkan Suami Jilat Kemaluan Isteri - Dr MAZA

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×