Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KOLEKSI RESIPI~ Laksam

RESEPI LAKSAM
(12 gulung)

Bahan-bahan

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

Sedikit garam

4 3/4 cawan air suam

3 sudu besar minyak masak

Campur semua bahan-bahan diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
Cara-caranya

* Panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak

* Masukkan bancuhan tepung tadi kedalam loyang atau tudung periuk ...jangan tebal dan jangan nipis...agak-agak la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..

* Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dengan air paip supaya sejuk.

* Guna hujung sudu atau benda yang boleh cungkil laksam ni keluar dari loyang...terus gulung dari loyang tersebut hingga habis..

* Kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..

Kuah laksam untuk 6 orang makan

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jangan buang..akan digunakan untuk kuah nanti

2 biji bawang sederhana besar

2 ulas bawang putih..

Sedikit sahaja halia

1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus

Sedikit belacan

1/2 periuk santan pekat (agak-agak untuk 6 orang makan + tambahan)

Garam , gula

2 keping asam gelugur

Cara-caranya

* Ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan

* Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecil, belacan dan di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dalam blender supaya senang kisaran..

* Masukkan bahan kisaran ke dalam periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan

* Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* Masak sehingga mendidih..dengan api sederhana

Nota: Belacan bakar- jika suka masukkan kedalam laksam

Dihiris halus :
Ulaman
Kacang panjang
Timun
Tauge
Kobis

Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
Sambal lada
Sedikit belacan
Lada merah
Cili api merah
Sedikit garam

Selamat mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KOLEKSI RESIPI~ Laksam

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×