Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SPM 2016 ~ GPN lebih baik, 8,647 calon dapat semua A

PUTRAJAYA - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang Lebih Baik iaitu 5.10 berbanding 5.15 pada tahun 2015, umum Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

"Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik," katanya dalam sidang media ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2016 di sini hari ini.

"Seramai 8,647 daripada 434,535 atau 2.13 peratus calon SPM 2016 memperoleh semua A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 9,721 calon pada tahun 2015," katanya.

Seramai 102 calon atau 1.94 peratus calon memperoleh A+ pada tahun ini berbanding 163 calon atau 2.6 peratus pada tahun sebelumnya, katanya.

"Walaupun Gred A telah berkurangan, GPN semua mata pelajaran telah meningkat secara signifikan. Ini bermakna prestasi keseluruhan pelajar meningkat tetapi yang mendapat gred tinggi (semua A)berkurangan, kemungkinan tertumpu B+.

"Secara keseluruhan, prestasi pencapaian individu pelajar adalah lebih baik pada tahun ini," katanya. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SPM 2016 ~ GPN lebih baik, 8,647 calon dapat semua A

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×