Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat

KUALA LUMPUR – Jumlah Usahawan Wanita di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil pelbagai program kesedaran dan capaian yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata minat dan penyertaan dalam kalangan wanita dalam keusahawanan juga semakin menggalakkan dengan pembabitan lebih besar dalam sektor baharu dan bukan tradisional.

“Sejak kebelakangan ini, kita melihat trend semakin ramai wanita memulakan perniagaan, namun belum ramai yang dapat merealisasi pertumbuhan dan skala yang sepatutnya.

“Wanita masih ketinggalan dari segi kepimpinan perniagaan. Namun saya yakin ini akan berubah susulan semakin ramai usahawan wanita serta potensi yang mereka miliki,” katanya kepada pemberita di luar acara ‘Global Mentoring Walk’ anjuran Persatuan Rantaian Keusahawanan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA).

Global Mentoring Walk merupakan sebahagian daripada pergerakan global yang memberi inspirasi menerusi pementoran kepada generasi muda yang semakin meningkat.

Dalam acara itu, pemimpin wanita terkemuka dengan pemimpin baharu berjalan bersama-sama dengan komuniti sambil membincangkan cabaran dan kejayaan profesional dengan matlamat mewujudkan hubungan pementoran.

Presiden WENA Nadira Yusoff berkata seramai 200 mentor dan mentee menyertai acara hari ini.

“Acara itu merupakan siri kelima berlangsung di Malaysia, dan kali pertama disertai lelaki.

“Dengan kebanyakan mentee terdiri daripada generasi muda, perlu ada usaha bersepadu untuk memberikan mereka bimbangan yang diperlukan, menerusi pementoran,” katanya.

Beliau berkata pementoran sudah terbukti merupakan langkah penting dalam memastikan kejayaan dalam kerjaya. – BERNAMA


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KESEDARAN ~ Jumlah Usahawan Wanita Malaysia Meningkat

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×