
Laman Fecebook Najib dihujani komen #20 sen.
Tinjauan Sinar Harian di laman Facebook rasmi Najib Razak mendapati netizen menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan itu, dengan meninggalkan komen #20 sen pada setiap kemas kini status terkini di laman berkenaan.
Sebelum pengumuman kenaikan harga petrol tersebut dibuat, ada pihak menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial sehingga menyebabkannya menjadi tular dalam kalangan netizen.
Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kemudian mengesahkan maklumat ia palsu.[SH]