Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#IDEA GILA ~ Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook Live

Gambar hiasan - AFP

STOCKHOLM - SWEDEN. Tiga lelaki ditahan di Sweden disyaki merogol seorang wanita dan menyiarkan Secara Langsung melalui Facebook Live.

Insiden menggemparkan negara itu dilaporkan berlaku di Uppsala, kira-kira setengah jam dari utara ibu negara, Stockholm.

"Adegan rogol berkenaan disiarkan secara langsung dalam satu kumpulan Facebook," kata polis dalam satu kenyataan.

Beberapa penonton yang menyaksikan video berkenaan telah membuat laporan kepada polis.

Polis menyerbu apartmen di bandar berkenaan dan menahan tiga lelaki yang lahir di antara tahun 1992 dan 1998 dan turut menemui seorang wanita berusia 31 tahun.

Media tempatan melaporkan, video berkenaan telah dibuang dari Facebook dan polis merayu sesiapa yang mempunyai salinan video berkenaan tampil menyerahkannya kepada polis.

Facebook Live membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan video secara langsung dari telefon pintar mereka.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#IDEA GILA ~ Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook Live

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×