Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pemilik Kucing Mesti Ambil Peduli Tentang Kesihatan Gigi Kucing Mereka

Tags: kucing
Kesihatan Gigi Kucing


Kucing sebenarnya boleh mendapat beberapa masalah gigi yang sangat serius. Bukan sahaja kucing mudah terdedah kepada karang gigi dan jangkitan gigi yang lain, kucing juga biasanya boleh mendapat luka-luka resorptif yang menyakitkan pada gigi mereka. Luka-luka ini sebenarnya sangat menyakitkan kucing dan walaupun di bawah anestesia, jika tersentuh giginya akan mengakibatkan rahangnya menggerenyet. Memandangkan kucing hanya memiliki 30 batang gigi, jadi, sebagai pemilik kucing kita mesti melindungi gigi kucing kesayangan kita sebaik mungkin.

Apa yang boleh merisaukan pemilik kucing adalah kucing yang mempunyai masalah gigi jarang sekali kelihatan sakit sama sekali. Kebanyakannya akan terus makan, minum, tidur dan bermain seperti biasa. Keadaan ini boleh menjadi lebih serius jika pemilik kucing tidak mengambil peduli langsung dengan keadaan kucing mereka yang sedang menderita. Pemilik kucing tidak sewajarnya membiarkan kucing mereka menderita dalam senyap dan sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan hal-hal kesihatan kucing kesayangan mereka termasuk kesihatan giginya.

Baca Ini Juga: Masalah Pada Gigi Kucing Jangan Dipandang Ringan!

Sebenarnya kucing sangat tabah menghadapi kesakitannya. Namun begitu, jika terdapat apa-apa jangkitan di dalam mulut kucing anda, ianya juga boleh memberi kesan negatif lain pada sistem penting tubuh mereka. Penyakit gigi yang tidak dirawat pasti akan memberi kesan kepada kehidupan kucing anda.

Hanya disebabkan anda tidak boleh melihat kesakitannya tidak bermakna bahawa ianya tidak ada. Oleh itu, setiap kucing sebenarnya memerlukan penjagaan pergigian profesional dan pelan rawatan di rumah yang berkesan. Doktor haiwan anda dapat membantu permasalah gigi pada kucing anda ini dan boleh juga menunjukkan kepada anda apa yang perlu anda lakukan di rumah anda untuk mencegah dan merawatnya.

Kesimpulannya, masalah pergigian kucing anda boleh dirawat. Jadi, jangan biarkan rakan baik kesayangan anda itu menderita dalam senyap. Memandangkan kucing mampu membuatkan anda dan ramai orang sekeliling tersenyum, pastikan anda sebagai pemilik kucing memastikan yang senyuman kucing anda itu bebas daripada sebarang kesakitan.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Pemilik Kucing Mesti Ambil Peduli Tentang Kesihatan Gigi Kucing Mereka

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×