Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Herman Si Kucing Mata Besar Menjadi Bintang Internet

Herman, si comel yang lahir secara semulajadi dengan mata yang begitu unik telah menggemparkan ramai pencinta kucing di serata pelusuk dunia baru-baru ini. Kucing comel ini begitu istimewa disebabkan matanya yang begitu besar sehinggakan ianya tidak dapat ditutup dan apabila kucing ini sedang tidur ia akan kelihatan sentiasa terjaga. Satu-satu cara untuk mengetahui yang ia sedang tidur adalah melalui bunyi dengkurannya.

Kucing istimewa bermata besar berusia lima bulan ini tinggal bersama pemiliknya di Copenhagen, Denmark dan ia telah pun menjadi bintang Internet dengan mengumpul seramai beribu-ribu pengikut di laman media sosial.

Menurut pemiliknya, Shirly, 26, kali pertama beliau bertemu dengan Herman, ia dengan serta-merta melompat pada dirinya dan terus duduk dia atas bahunya. Meskipun kucing ini kelihatan sangat pelik, Shirley tetap membuat keputusan untuk membela Herman dengan penuh kasih sayang.

Walaupun mengalami sedikit kesukaran pada minggu pertama terutamanya untuk menambahkan berat badan Herman, kini kucing istimewa ini telah membesar dengan sihat dan lincah disebabkan tuannya telah berusaha untuk memastikan diri kucing kesayangannya itu mendapat nutrisi yang diperlukannya.Semoga cerita in boleh menjadi pemangkin buat pencinta kucing di Malaysia untuk lebih menyayangi kucing yang dibela mereka.

Apa pun anda boleh mengikuti perkembangan kucing istimewa bermata besar ini melalui akaun Instagram yang telah di reka khas buat dirinya di sini

Sementara anda di sini, apa kata anda tonton aksi kucing comel berkenaan di dalam video di bawah.



This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Herman Si Kucing Mata Besar Menjadi Bintang Internet

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×