Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Membela Kucing: Adakah Anda Benar-Benar Sudah Bersedia?

Tags: anda yang kucing

Membela haiwan peliharaan Yang digelar kucing sebenarnya datang dengan tanggungjawab yang besar dan komitmen yang tinggi buat si pembela. Jika Anda ingin membela kucing sepanjang hayat anda, anda mesti serius. Ya seserius kucing yang serius ini atau lebih serius daripadanya.



Sebelum membela kucing, tanya pada diri anda adakaha anda benar-benar sudah bersedia? Mungkin 6 perkara di bawah ini dapat membantu menjawab persoalan anda tersebut.

1. Adakah Anda Sudah Memiliki Tempat Tinggal Yang Selesa?
Kucing adalah makhluk yang bertabiat dan sangat teritorial, maka mereka akan menjadi yang terbaik dalam situasi tempat tinggal yang stabil. Dalam erti kata yang lain kucing anda seharusnya berada di dalam kawasan yang selesa.

2. Adakah Anda Dapat Menyediakan Persekitaran Kediaman Yang Baik Buat Mereka?
Dalam usaha untuk kekal sihat dan bahagia, kucing memerlukan persekitaran rumah yang baik yang mana dapat merangsang keupayaan sebenar mereka seperti memburu dan sebagainya. Ini bermakna, anda mesti sediakan apa yang diperlukan kucing anda seperti tempat mencakar, bau-bauan yang disukainya dan bermacam-macam lagi.

3. Adakah Anda Memiliki Pendapatan Yang Stabil?
Kos untuk membela kucing sebenarnya adalah lebih mahal daripada apa yang anda sangkakan. Jika anda ingin ia berada di dalam keadaan baik dalam jangka waktu yang panjang, anda mesti memikirkan tentang kemampuan anda ini terlebih dahulu.

4. Adakah Anda Mempunyai Masa Untuk Bermain dan Memberi Perhatian Untuk Mereka?
Secara semulajdinya kucing adalah sangat aktif, dan mereka akan lebih sihat dan bahagia sekiranya pemilik mereka dapat bermain, memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.

5. Adakah Anda Sentiasa Di Luar Kawasan dan Jarang Sekali Berada Di Rumah?
Walaupun kucing mempunyai reputasi yang baik untuk berdikari, sebenarnya anda tidak boleh membiarkan mereka sendirian di rumah anda beberapa hari dalam satu jangka masa tertentu. Mereka masih memerlukan perhatian dan penjagaan yang konsisten daripada anda untuk mereka berasa gembira dan bahagia.

6. Adakah Anda Seorang Yang Penyabar?
Pelbagai hal yang pasti akan ditimbulkan oleh kucing. Perabot yang dicakar hingga koyak, pasu mahal pecah ke lantai, tahi dan air kencing yang mungkin akan berada merata-rata tempat dan sebagainya. Masalah tingkah laku dan kesihata mereka ini perlu deselesaikan secara berperingkat dan ia merupakan tugas penting anda sebagai pemilik mereka. Persoalannya adakah anda benar-benar dapat bertenang, sabar dan tetap menyayangi ereka ketika keadaan yang tidak diingini berlaku?


Kesemua persoalan di atas dapat anda atasi dengan baik? Jika ya, mungkin anda sudah boleh mencari kucing untuk diadopsi di rumah-rumah perlindungan kucing yang ada di Malaysia ini. Anda juga boleh klik di sini jika anda sedang mencari kucing comel yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur atau anda juga boleh klik di sini jika anda sedang mencari kucing comel yang berada di sekitar kawasan Selangor.

Anda ingin menambah lagi poin-poin penting yang berkaitan dengan penulisan kali ini? Lakukannya di ruangan komen di bawah ya.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Membela Kucing: Adakah Anda Benar-Benar Sudah Bersedia?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×