Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Perkara Yang Boleh Membahagiakan Kucing Anda

Sama ada secara sedar atau pun tidak, setiap pemilik Kucing pasti akan merasakan kebahagian yang dikongsikan oleh kucing kesayangan mereka. Walaupun begitu, sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, pernahkah anda membahagiakan kucing anda? Pernahkah anda mengambil peduli apa yang Kucing Anda sukakan atau tidak sukakan? Perkara-perkara ini mungkin dapat membantu anda dan jika anda mengambil peduli tentang perkara-perkara di bawah ini berkemungkinan besar kucing anda akan lebih sihat berbahagia.



1- Rawatan Kutu
Percaya atau tidak, meskipun kucing anda tidak bergaul dengan haiwan lain di luar rumah, kutu tetap boleh memasuki rumah dan menyerang kucing anda. Hal ini boleh menyebabkan masalah yang serius kepada kucing anda. Oleh itu anda seharusnya mengambil berat tenang hal ini. Mengawal dan membebaskan kucing anda daripada gangguan kutu adalah sesuatu yang mesti dilakukan anda. Kini, terdapat begitu banyak produk yang boleh anda dapatkan untuk merawat kucing anda yang mempunyai kutu.

2- Berjumpa Dengan Doktor Haiwan
Kucing anda mungkin akan kelihatan sihat bergaya dan gagah perkasa. Mana tidaknya, anda telah memberikan ia makan makanan yang begitu baik dan mahal, melayannya dengan aktiviti-aktiviti yang bagus dan seumpamanya. Namun anda tidak sepatutnya melupakan terus perjumpaan dengan doktor haiwan yang berpengalaman untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kucing kesayangan anda. Sebenarnya kucing juga boleh mengalami perubahan kesihatan yang susah untuk diketahui oleh pemilik kucing. Ini disebabkan kucing sangat bijak untuk menyembunyikan kesakitan mereka. Jadi bawalah kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan yang berpengalaman untuk membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3- Memberus Gigi Kucing Anda
Pembentukan plak akibat daripada sisa makanan dan air liur, boleh beralih kepada tartar yang mana akhirnya akan membuatkan kucing anda kehilangan giginya. Sudah tentu pembersihan gigi oleh pakar adalah begitu mahal harganya, namun anda masih lagi boleh melakukannya sendiri di rumah setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu agar gusi dan gigi kucing anda sihat sentiasa.

4- Tidak Mengabaikan "Hairballs"
Kucing sangat pakar untuk mendandan diri mereka di mana lidahnya sentiasa sibuk untuk menjilat bulu-bulu gugur dan partikel kulit mati. Jika anda tidak membantu kucing anda mendandan, sudah pasti akan ada segerombolan bulu yang berbentuk bola akan menetap di dalam tubuh kucing anda. Hal ini jika tidak dibendung boleh mengakibatkan gangguan kesihatan pada kucing anda. Untuk mengelakkannya anda boleh memberikan bantuan kepadanya dengan menyikat sendiri bulu-bulu mati kucing anda agar jumlah bulu yang dijilat dan ditelannya dapat dikurangkan/

5- Tidak Membiarkan Kucing Di Luar Tanpa Pengawasan
Kucing yang sentiasa berada di dalam rumah akan lebih gemar menerokai sesuatu benda yang belum lagi dilihatnya dalam rumah di dunia luar. Rasa ingin tahu, kekeliruan atau ketakutan pasti akan berlaku pada kucing anda. Ini boleh menyebabkan ia dengan mudah berlari ke mana-mana sahaja yang disukainya termasuk ke jalan raya yang sibuk atau menghilangkan dirinya entah ke mana. Pastikan anda memastikan keselamatannya jika anda ingin kucing kesayangan anda bermain di luar.

Anda ada lagi ilmu yang ingin di tambah di dalam penulisan kali ini? Apa kata anda kongsikannya di ruangan komen di bawah.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

5 Perkara Yang Boleh Membahagiakan Kucing Anda

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×