Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Licki Brush - Kini Anda Boleh Menjilat Kucing Anda Dengan Tenang?

Pernah tak anda merasakan ingin menjilat kucing anda disebabkan terlalu sayang dan geram dengan kecomelannya? Jika pernah kini anda tidak perlu ragu-ragu lagi dan tidak perlu bimbang dengan "hairballs" yang akan anda hadapi kerana terdapat inovasi baru yang telah tercipta di luar Malaysia, khas buat manusia seperti anda. 

"Licki Brush" merupakan sebuah berus khas yang boleh manusia gunakan untuk menjilat kucing kesayangan mereka. Tidak begitu pasti apakah tujuan produk ini dicipta, sama ada untuk tujuan gurauan atau mungkin ianya merupakan satu inovasi yang berkesan untuk merapatkan lagi hubungan manusia dengan kucing kesayangan mereka? 

Apa yang pasti pengguna boleh menggunakannya dengan hanya memasukkan produk ini ke dalam mulut mereka seperti menghisap puting dan menggunakan berus yang terjelir seperti lidah yang mana bentuknya direka khas untuk menyikat kucing kesayangan mereka. Kucing pengguna semestinya akan kelihatan rapi setelah digunakan ke atasnya, namun penggunanya pula sudah semestinya akan kelihatan pelik pada penglihatan sesiapa sahaja yang melihat.

Menurut laman web Licki Brush, syarikat itu akan memulakan kempen Kickstaternya tidak lama lagi. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini anda boleh mendaftar ke newsletter mereka untuk mendapatkan update terkini. Sementara itu anda boleh tonton produk tersebut beraksi di dalam video di bawah.




This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Licki Brush - Kini Anda Boleh Menjilat Kucing Anda Dengan Tenang?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×