Buat pencinta kucing yang berkelapangan pada 15 dan 16 Disember ini, seharusnya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban bagi menyaksikan Pesta Haiwan Seremban 2017.
Pesta yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia(KKM) dan Majlis Perbandaran Seremban(MPS) akan menghimpunkan lebih daripada 200 ekor kucing dan lebih daripada 100 haiwan yang lain.
"Pesta ini adalah bersempena Pesta Taman Tasik Seremban 2017. Dalam masa yang sama, kita juga akan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu Rumah Kucing Jalanan dan Rumah Anak Yatim," kata Khalid Rashid, Presiden KKM.
Selain daripada kucing tempatan, baka kucing yang akan menyertai pertandingan adalah dari baka Persian, eksotik, Sacredbirman, Turkish Van, Ragdoll, Himalayan, British Shorthair, Bengal, Kurilean Bobtail, Korat, Ocicat, British Longhair, Oriental, Devon Rex, Cornish Rex, Siamese, Sphnyx, Japanese Bobtail, Russian Blue, Abysinian, Somali dan Balinese.
SEREMBAN PETS LOVERS FIESTA INTERNATIONAL CAT SHOW 2017
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Seremban
Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban,
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Hari : 15 dan 16 Dec 2017 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 10.00 am - 7.00 pm
Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori kejuaraan, primer, anak kucing dan isi rumah.
Jadual pertandingan adalah seperti berikut:
Jumaat 15 December 2017
CATEGORY 2: MAINE COON, SIBERIAN, NORWEGIAN FOREST, AMERICAN CURL, TURKISH ANGORA
DOMESTIC LONGHAIR / HOUSECAT LONGHAIR DOMESTIC SHORTHAIR / HOUSECAT SHORTHAIR
Sabtu 16 December 2017
CATEGORY 1: PERSIAN, EXOTIC, SACREDBIRMAN, TURKISH VAN, RAGDOLL, HIMALAYAN CATEGORY
CATEGORY 3: BRITISH SHORTHAIR, BENGAL, KURILEAN BOBTAIL, KORAT, OCICAT, BRITISH LONGHAIR CATEGORY
CATEGORY 4: ORIENTAL, DEVON REX, CORNISH REX, SIAMESE, SPHNYX, JAPANESE BOBTAIL, RUSSIAN BLUE, ABYSINIAN, SOMALI, BALINESE