Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kad Touch N Go Istimewa Edisi Kucing

SmartHeart, sebuah syarikat makanan haiwan dari Thailand, bukan sahaja menyediakan makanan terbaik buat si comel bahkan kini telah melancarkan kad Touch N' Go edisi istimewa buat pencinta kucing terutamanya di Malaysia.

Pelancaran kad Touch N' Go special edition ini merupakan tanda penghargaan SmartHeart di atas sokongan yang diterima daripada pencinta kucing di Malaysia ke atas produk yang dikeluarkan mereka.

Apa yang menarik tentang kad Touch N Go versi kucing ini adalah pencinta kucing di Malaysia boleh menebusnya secara percuma bermula dari 1/12/2017 sehingga 31/12/2017.



Bagi yang berminat untuk menebus kad Touch N' Go versi kucing ini, anda hanya perlu memuat turun aplikasi SmartHeartMY ke dalam telefon pintar anda. Kemudian daftar menjadi ahli SmartHeart melalui aplikasi berkenaan dan masukkan kod promosi pada bahagian Update Points. Seterusnya tebus kad Touch N' Go edisi istimewa ini di bahagian Redemption. Kad anda akan dihantar di alamat yang anda tentukan sekiranya segala langkah yang dinyatakan telah anda ikuti dengan betul. 

Sebanyak 2,000 keping kad Touch N' Go edisi istimewa ini telah ditebus oleh para pencinta kucing di Malaysia dalam tempoh satu hari sahaja. Oleh itu jangan tunggu lama-lama untuk menebus kad Touch N' Go edisi kucing ini, kerana dikhuatiri anda terlepas peluang yang ada nanti. 




Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web http://perfectcompanion.com.my dan juga  Facebook https://www.facebook.com/MySmartHeart.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kad Touch N Go Istimewa Edisi Kucing

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×