Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hampir 50 Ekor Kucing Terabai Diselamatkan Oleh Polis

Sepasukan polis telah menyerbu sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul untuk menyelamatkan sebanyak 46 ekor Kucing yang terabai, berikutan aduan yang dilakukan oleh Persatuan Sahabat Kucing Jalanan.

Gambar: STR/HALIM SALLEH
Tindakan itu diambil selepas persatuan tersebut menerima maklumat tentang pemiliknya yang gagal menjaga kesemua kucing dengan baik, yang mana kucing-kucing berkenaan terkurung di dalam sangkar dalam keadaan tidak terurus.

Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin yang turut serta bersama sekumpulan anggota polis ke pangsapuri itu menyatakan bahawa  hampir keseluruhan kucing itu dijangkiti "Sporo" atau Sporotrichosis dan mengalami demam.

Sekumpulan polis dan juga pihak persatuan mengalami sedikit kesukaran pada awalnya untuk mengeluarkan kesemua kucing berkenaan disebabkan pemiliknya berdegil tidak mahu melepaskan mereka.

Setelah kira-kira 10 minit dipujuk, akhirnya segala-galanya berjalan dengan lancar.

Sebahagian daripada kucing-kucing yang diselamatkan itu kini ditempatkan sementara di sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan hotel kucing.


Bantuan untuk merawat kucing-kucing yang tidak sihat dan berpenyakit pula telah diusahakan oleh Persatuan Sahabat Kucing Jalanan.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas bantuan kewangan boleh menghubungi talian 019-3999962.



This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Hampir 50 Ekor Kucing Terabai Diselamatkan Oleh Polis

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×