Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perlu Ke Etika Semasa Mengunjungi Cat Show?

Tags: kucing

Mematuhi etika ketika berkunjung ke mana-mana "cat show" sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara adalah sangat-sangat penting.

Pertandingan kucing atau pun yang cat show sebenarnya bukanlah sekadar nak menunjukkan kucing siapa yang paling comel dari luarannya, bahkan ianya lebih lagi.

Setiap kucing yang bertanding akan dijaga dengan baik dan rapi oleh penjaga meraka untuk tujuan menyertai pertandingan kucing.

Maksud mudahnya setiap kucing yang bertanding, kesihatan luaran dan dalaman mereka adalah di dalam keadaan yang terbaik. Ini disebabkan setiap kucing yang bertanding akan diadili daripada aspek kecantikan, kebersihan dan kesihatan, keunikan dan juga kejinakannya.

Terdapat beberapa format tersendiri bagi setiap cat show yang dianjurkan sama ada untuk kucing-kucing baka terbaik di dunia mahu pun kucing-kucing tempatan dan kacukan.

Tiada yang salah sekiranya pencinta kucing ingin turut serta, mengunjungi pertandingan kucing yang dijalankan oleh mana-mana kelab kucing yang ternama dan berprestij.

Namun, etika perlulah anda patuhi sepanjang berada di dalam kawasan pertandingan itu dijalankan.

Tiada masalah sekiranya anda ingin beramah mesra dengan tuan kucing dan melihat-lihat kucingnya, mengambil gambar kucing tersebut dengan izin tuannya, bertanyakan tips tentang penjagaan kucing atau latar belakang baka kucing yang disukai anda dan melihat penjurian.

Gambar: AFP/Manan Vatsyayana



Apa yang tidak betul dan boleh menjejaskan kelancaran sesebuah cat show adalah:

- Anda membuat bising dengan bercakap dengan kuat atau menjerit atau pun ketawa berdeka-dekah seperti kehilangan akal. Sekiranya hal ini berlaku sebenarnya anda telah mengganggu gugat keamanan cat show yang dijalankan dan juga kucing yang bertanding. Kucing sememangnya mudah tertekan dengan bunyi bising.

- Menyergah dan mencucuk-cucuk kucing yang berada di dalam sangkar. Sekiranya kucing kesayangan anda yang dijaga dengan rapi diperlakukan sedemikian rupa, anda gembira?

- Suka-suka memasukkan tangan ke dalam sangkar kucing dengan niat nak membelai kucing yang disukai. Sebenarnya tindakan ini adalah sangat kurang sopan kerana dikhuatiri kucing yang disentuh anda akan dijangkiti virus dan kuman yang di bawa oleh anda. Minta izin tuan kucing dahulu kalau dah tak tahan sangat dan gunalah "hand sanitizer" sebelum anda menyentuh mana-mana kucing yang bertanding.

- Membawa kucing kesayangan anda ke dalam acara yang dijalankan. Tidak mengapa sekiranya kucing anda turut bertanding, yang menjadi persoalan kenapa kucing tak bertanding pun nak kena bawa bersama ya? Untuk pengetahuan bersama, setiap kucing yang bertanding telah diperiksa oleh veterinar sebelum dibenarkan masuk ke dalam show hall.

- Anda dengan tenang masuk ke dalam ruang pertandingan. Buat apa bro/sis? Ruang pertandingan hanya khusus untuk pemilik kucing dan juri yang mengadili. Duduk di luar kan lebih selesa.

- Sebagai pencinta kucing anda mungkin mempunyai hati yang baik. Jadi anda dengan muka tak bersalah memberi kucing yang bertanding makanan. Banyak lagi kucing jalanan yang memerlukan makanan bro/sis. Kucing yang bertanding tuan dia boleh jaga, jadi jangan baik hati sangat ok?

- Tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan walaupun anda telah ditegur oleh crew yang bertugas. Jika anda membawa anak-anak anda bersama, tolong jaga mereka elok-elok. Pemikiran anak anda memang masih mentah, akan tetapi anda tidak begitu. Kesian pemilik kucing yang bertungkus lumus menjaga kucing kesayangan mereka sebaik mungkin. Bayangkan anak anda mengsmack down kucing mereka?

Kesimpulannya patuhilah peraturan sepanjang berada di mana-mana cat show. Jangan jadikan diri anda penyebab kegagalan sesebuah cat show yang dijalankan ya. Kesian kucing dan tuan kucing yang bertanding serta mereka yang turut hadir. :)


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Perlu Ke Etika Semasa Mengunjungi Cat Show?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×