Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bagaimana Nak Lindungi Kucing Kesayangan Waktu Darurat?

Bencana alam boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Kejadian sebegini sudah pasti akan menghuru-harakan keadaan yang mana impaknya turut akan memberikan kesan kepada haiwan peliharaan seperti Kucing.

Bayangkan secara tiba-tiba rumah anda dinaiki air. Adakah kucing kesayangan anda akan tetap terpelihara dengan baik apabila keadaan kacau-bilau mula melanda di dalam rumah anda?

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda untuk melindungi kucing kesayangan anda sekiranya bencana alam tiba-tiba berlaku kepada anda dan keluarga anda.



- Sebagai pemilik kucing, anda mesti ada sekurang-kurangnya sebuah carrier untuk kucing anda dan pastikan ianya cukup besar buat kucing kesayangan anda berdiri dan bergerak di dalamnya. Mula melatih kucing kesayangan anda untuk biasakan dirinya di dalam carrier dengan meletakkan makanan atau mainannya di dalam carrier berkenaan. Ianya pasti dapat membantu anda dan kucing anda apabila terjadinya sesuatu yang tidak dijangka nanti.

- Bekalan makanan dan minuman buat kucing kesayangan anda mesti mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga hari. Ianya mestilah diletakkan di tempat yang selamat agar tidak mudah rosak.

- Sebagai pemilik kucing, anda seharusnya lebih peka dan mengetahui lanjut lokasi penempatan bagi mangsa bencana yang membolehkan anda dapat bersama kucing kesayangan anda. Kenal pasti juga hotel atau tempat penginapan yang membenarkan anda untuk menginap bersama kucing kesayangan anda.

- Sediakan perancangan rapi bersama dengan jiran anda agar mereka dapat membantu menyelamatkan kucing kesayangan anda sewaktu anda tiada ketika kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

- Mula memasangkan mikrocip identiti ke dalam tubuh kucing kesayangan anda hari ini. Temui doktor haiwan yang berpengalaman segera. Banyak kebaikan jika memasang mikrocip identiti pada kucing sebenarnya.

- Jangan lupa untuk menyimpan gambar kucing kesayangan anda dan juga bukti yang ia sememangnya kucing anda. Hal ini akan memudahkan proses pencarian kucing anda itu nanti. Sekali lagi mikrocip dapat membantu isu ini.

- Jika anda sudah mengetahui awal tentang bencana yang telah pun berlaku dan masih boleh menyelamatkan nyawa anda dan kucing kesayangan anda, janganlah berlengah makan popcorn dulu di rumah tu. Segera bertindak selamatkan nyawa.

- Hubungi agensi Pengurusan Bencana Negara atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia jika anda benar-benar dalam keadaan kesempitan.

Moga bermanfaat!


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Bagaimana Nak Lindungi Kucing Kesayangan Waktu Darurat?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×