Memandangkan penjaga Kucing Betina comel ini sedang sarat mengandung, Anak Kucing Betina ini terpaksa dilepaskannya kepada pencinta kucing yang berkemampuan dan mampu untuk membelanya dengan penuh kasih sayang.
Berumur dalam lingkungan 4 hingga 5 bulan, anak kucing betina ini dikatakan tersangat manja dan lincah.
Sekiranya anda dapat memikul tanggungjawab dan mampu untuk mengambil anak kucing betina menjadi sebahagian daripada keluarga anda, sila hubungi penjaganya di talian 017-5433604 untuk berbincang lanjut.
Anda yang berada di sekitar kawasan Subang, Petaling Jaya, Damansara atau pun Shah Alam sangat dialu-alukan untuk mengambilnya jika berminat. Jangan lambat-lambat ya takut diambil oleh pencinta kucing yang lain nanti.