Bagi anda yang berada di sekitar kawasan Putrajaya atau Bangi dan teringin untuk memiliki seekor Kucing yang agak unik, mungkin anda boleh mula menghubungi Penjaga Sementara Kucing comel ini.
Kucing putih comel ini mempunyai tanda di kepalanya yang kelihatan seakan-akan rambut yang dibelah tepi. Lihat sahaja wajahnya yang begitu serius seserius Hitler di bawah.
Sudah pasti ia akan menyerikan lagi rumah anda nanti.
Sebelum ini kucing ini agak kurus dan sakit. Memandangkan penjaga sementara kucing ini mengalami sedikit kesukaran untuk terus menjaganya, ia terpaksa dilepaskan kepada anda yang prihatin.
Oleh itu, sekiranya anda benar-benar berkemampuan dan mampu untuk menjaga kucing ini dengan penuh kasih sayang, sila hubungi penjaga sementaranya di talian 019-2980176 untuk berbincang lanjut.