Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Makanan Kucing Jenama Brit Percuma!

Berita baik buat anda, pencinta kucing yang sedang ingin mendapatkan makanan buat kucing kesayangan.

Brit, jenama antarabangsa bagi makanan haiwan peliharaan mungkin telah pun menjadi pilihan bagi sesetengah pemilik kucing di Malaysia.

Jadi jika anda merupakan pengguna setia makanan kucing jenama Brit, anda boleh mengambil peluang keemasan yang diberikan oleh Brit Malaysia dalam Brit Malaysia Facebook contest yang dianjurkan mereka pada ketika ini.

Terdapat 3 contest yang dianjurkan Brit Malaysia untuk produk makanan kucing mereka iaitu Brit Premium, Carnilove dan Britcare.



Dengan hanya "Like" Facebook Page Brit Malaysia, share dan tag 5 kawan facebook anda dan kemudiannya memberikan komen terbaik; "kenapa anda Suka Makanan Kucing Brit Premium" atau "kenapa anda suka makanan kucing Carnilove" atau "kenapa anda suka makanan kucing Britcare", anda berpeluang untuk membawa pulang 6 beg Brit Premium Cat Food 8kg secara percuma sekiranya komen yang diberikan anda itu paling disukai mereka.

20 pemenang bertuah dengan komen terbaik pula akan memenangi satu beg 8 kg makanan kucing Brit Premium!

Terma dan syarat yang diberikan adalah begitu mudah. Anda hanya boleh membuat satu komen sahaja dan komen lebih daripada satu akan menyebabkan anda hilang kelayakan untuk bertanding.

Contest ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dan akan bermula pada 1 April hingga 30 April 2017. Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi Facebook Page Brit Malaysia di https://www.facebook.com/Brit-Malaysia-1424676847771877


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Makanan Kucing Jenama Brit Percuma!

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×