Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kucing Minum Air Lebih Banyak Daripada Kebiasaan, Normal Ke Tu?

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan para pengunjung yang melawati KucingComelMeow.my tentang bagaimana nak galakkan Kucing anda untuk minum.

Persoalan yang mungkin akan timbul setelah itu adalah; kucing yang minum air berlebihan tu normal ke?

Jawapan yang paling mudah yang boleh kami berikan adalah tiada masalah jika kucing minum berlebihan hari ini. Namun, jika esok, lusa dan hari seterusnya pun ia masih berkeadaan sedemikian, hati-hati! Anda mesti ambil tahu kenapa ia mengambil air dalam kuantiti yang berlebihan daripada kebiasaannya.


Setiap pemilik kucing sepatutnya sangat peka pada setiap perinci keadaan dan keperibadian kucing kesayangan mereka. Masa, jenis dan jumlah minuman atau makanan yang kucing ambil, tempat tidur, waktu dan tempat ia selalu bermain, kesihatan dan sebagainya mestilah anda faham dan sudah khatam.

Dalam erti kata yang mudah anda mesti tahu segala maklumat penting dari hujung rambut hingga ke hujung kaki tentang kucing kesayangan anda. Tak boleh terlepas sedikit pun. Kalau anda bela 10 ekor kucing, anda mesti tahu maklumat penting kesemua kucing berkenaan.

Sebab itu pentingnya anda mengdokumentasikan segala maklumat tentang kucing anda. Bukan setakat ianya dapat membantu anda kelak, bahkan orang ramai dan juga doktor haiwan turut akan mendapat kebaikannya nanti. Lebih-lebih lagi ketika kucing anda sedang sakit atau hilang entah ke mana.

Jika anda mengambil mudah tentang perkara ini, saranan kami, janganlah bela kucing. Takut anda akan menyeksa kucing tanpa anda sedari nanti.

Berbalik kepada persoalan tentang kucing yang minum secara berlebihan, kebiasaannya ini menandakan bahawa kucing anda sedang mengalami perubahan yang besar pada sistem tubuhnya.

Kemungkinan untuk kucing anda mengalami masalah kesihatan adalah sangat besar disebabkan peningkatan pengambilan air buat tubuhnya.

Kegagalan buah pinggang dan kencing manis merupakan perkara yang sering terjadi pada kucing pertengahan umur dan yang berumur.

Keadaan ini mengakibatkan penurunan berat badan dan pengeluaran air kencing yang lebih banyak oleh si comel. Ini adalah penyebab kenapa kucing anda minum secara berlebihan daripada kebiasaan.

Jika anda dapati simptom sebegini ada pada kucing anda, sememangnya anda mesti segera membawa kucing kesayangan anda itu berjumpa dengan doktor haiwan untuk membuat pemeriksaan susulan seperti pemeriksaan darah, air kencing dan sebagainya.

Sebab itu pada awal penulisan ini kami sangat sarankan anda untuk lebih mengenali dan dokumentasikan segala maklumat penting tentang kucing anda.

Mengesan penyakit kucing kesayangan pada peringkat awal adalah sangat penting. Penyakit kegagalan buah pinggang kebiasaannya adalah amat berjaya dirawat pada peringkat awal. Kucing yang mengalami kencing manis pula jika lambat dirawat boleh membangunkan satu jenis komplikasi yang boleh membawa maut yang dipanggil "diabetic ketoacidosis". Jadi sangat penting buat anda untuk mengesan segalanya pada peringkat awal.

Selain daripada cuaca yang panas melampau yang membuatkan kucing kesayangan anda menjadi terlalu dahaga, hipertiroidisme, masalah saluran kencing, dan juga kanser juga boleh dikaitkan dengan isu kucing minum air yang berlebihan ini.

Kesimpulannya, kenalilah kucing anda dengan lebih mendalam lagi. Belajar dan seringlah bertanya dengan doktor haiwan dan juga mereka yang lebih berpengalaman mengendalikan kucing dalam kuantiti yang banyak seperti mereka yang berada di shelter dan sebagainya. Tambahlah ilmu jika anda benar-benar ingin membela kucing dengan serius.

Pengesanan awal adalah yang terbaik agar anda tidak akan bersedih di atas kehilangan kucing kesayangan anda itu nanti.


Gambar: (Ron Johnson/AP)


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kucing Minum Air Lebih Banyak Daripada Kebiasaan, Normal Ke Tu?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×