Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Untuk Memastikan Kucing Kesayangan Anda Bebas Daripada Sebarang Kesakitan

Membawa kucing kesayangan anda berjumpa dengan doktor haiwan adalah sangat penting bagi memastikan kucing anda itu sentiasa berada di dalam keadaan sihat.

Namun begitu, tidak salah kiranya anda sendiri melakukan satu rutin memeriksa kucing anda setiap masa bagi memastikan yang kesihatannya adalah pada tahap yang baik. 


Di bawah ini merupakan beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan di atas ribaan anda sahaja untuk memeriksa kucing kesayangan anda bagi memastikan yang ia bebas daripada sebarang kesakitan:

1)  Mulakan pemeriksaan di bahagian kepala dan wajahnya.

- Usap kepalanya untuk memastikan tiada sebarang benjolan, luka, lebam atau kudis.

- Mata dan hidung kucing perlulah bebas daripada sebarang pelepasan yang berlebihan. Contohnya jika mata kucing anda kelihatan mengeluarkan lebih tahi mata dan tak berhenti-henti menghasilkannya, ini membawa tanda ada sesuatu yang tidak kena. Begitu juga dengan hidung yang mengeluarkan lelehan yang berlebihan. Sekiranya begitu, bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

- Periksa pula telinga kucing anda. Adakah ia berwarna merah dan terdapat tahi berwarna yang mengeluarkan bau yang busuk? Jika ya, sudah tiba untuk membawa ia berjumpa dengan doktor haiwan.

- Periksa mulut dan gusi kucing anda. Gusinya mesti berwarna merah jambu dan bukannya merah. Adakah nafasnya berbau teruk? Ada lapisan berwarna keperangan di giginya? Keadaan yang sedemikian selalunya perlukan rawatan susulan oleh doktor haiwan.

2) Mula mengusap setiap inci badan kucing anda dan pastikan anda dapat merasakan dengan tangan anda yang tiada sebarang benjolan yang tidak pernah anda temui sebelum ini, lebam atau kudis pada badan kucing kesayangan anda.

Jangan lupa untuk membelek-belek bulunya ya. Kulit yang normal kebiasaannya licin, kering dan berwarna merah jambu yang agak lembut.

Kalau mampu, periksa kulit pada perut kucing kesayangan anda juga.
Sekiranya anda ada mengesan ruam atau apa sahaja benda yang anda tidak pernah jumpa sebelum ini, eloklah berunding dengan doktor haiwan anda ya.

3) Akhir sekali, sila periksa ekor kucing kesayangan anda. Pastikan di seluruh kawasan ekornya bersih serta bebas daripada sebarang kebengkakan dan kemerahan yang anda tidak pernah temui sebelum ini.

Mudah kan? Tak salah untuk memeriksa sendiri kucing kesayangan anda setiap hari. Jangan lupa untuk memberikan ganjaran disebabkan ia berkerjasama dengan baik ketika anda melakukan pemeriksaan ke atas dirinya ya. Ganjaran sangat penting!

Jika kucing kesayangan anda mencakar atau menggigit anda sewaktu proses pemeriksaan dilakukan, sabar dan jangan pula anda "mengsmack down" kucing anda itu ya.

Ha, anda selalu membuat pemeriksaan sendiri bagi memastikan kucing kesayangan anda tu tiada sebarang kesakitan? Nak tambah apa-apa lagi poin penting yang bermanfaat di dalam penulisan kali ini? Jangan khuatir, anda tambah sahaja ilmu yang anda ada itu di rungan komen di bawah ya. Moga sesiapa sahaja yang singgah di sini akan sama-sama dapat manfaat. Terima kasih. :)


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Cara Untuk Memastikan Kucing Kesayangan Anda Bebas Daripada Sebarang Kesakitan

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×