Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kucing Comel Buat Dek Ganggu Rancangan TV LIVE di Turki

Sebuah rancangan TV di Turki yang disiarkan secara langsung pada hari Selasa yang lepas telah diganggu gugat oleh tetamu yang tidak diundang iaitu seekor kucing yang comel.

Pengacara bagi rancangan "Good Morning Denizli" itu sedikit terkedu apabila dengan tenang kucing berkenaan memasuki studio penyiaran di sana tanpa dihalang oleh mana-mana pihak. Walaupun dikejutkan oleh kedatangan kucing tersebut, rancangan itu tetap diteruskan secara langsung seperti yang anda boleh saksikan di dalam video di bawah.


Sesudah kucing comel itu naik ke atas meja, pengacara bagi rancangan tersebut lantas mengingatkan para penonton agar tidak lupa untuk memberi makan kepada haiwan jalanan dan membuka pintu rumah mereka untuk haiwan-haiwan jalanan seperti kucing disebabkan musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi.

Sejurus selapas kejadian tersebut, kakitangan "Denizli Radio and Television" telah memberikan nama "Husnu" kepada kucing comel yang sangat tenang itu.



Kredit: DailySabah.com


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kucing Comel Buat Dek Ganggu Rancangan TV LIVE di Turki

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×