Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Iklan Di Stesen Subway London Digantikan Dengan Foto Kucing?

Sebuah stesen keretapi bawah tanah di London kelihatan di luar kebiasaan semalam, di mana setiap iklan yang terdapat di stesen berkenaan telah ditukarkan kepada gambar kucing. Setiap laluan masuk ke tiket, 54 panel eskalator dan 14 poster besar di stesen berkenaan telah digantikan dengan foto kucing.


Kebanyakan gambar-gambar kucing yang dinaikkan pada stesen "Clapham Common" di selatan London itu, menggambarkan kucing yang kini berada di pusat perlindungan di sana masih lagi mencari rumah baru serta masih menunggu tuan yang baik hati untuk membawa mereka pulang dan membela mereka dengan penuh kasih sayang. Foto-foto kucing ini dikatakan akan berada di stesen berkenaan selama dua minggu sebelum ditukarkan semula kepada iklan-iklan yang biasa dilihat di sana.

Sebenarnya kumpulan yang bertanggungjawab ke atas kempen digelar "Citizens Advertising Takeover Service(CATs)" ini adalah Glimpse yang mana pada mulanya ia telah membuat satu kempen mencari dana di Kickstarter untuk menukar pengiklanan yang biasa bagi produk "protein shakes" dan aplikasi "mortgage" mereka kepada gambar-gambar kucing pada stesen keretapi bawah tanah di sana.

Dalam tempoh kurang daripada sebulan, kempen Kickstarter mereka itu telah berjaya mengumpul sebanyak lebih daripada £20 ribu yang mana sudah mencukupi untuk menukarkan stesen keretapi Clapham Common kepada stesen keretapi yang berimejkan makhluk kegemaran ramai di Internet iaitu kucing.

Pada pagi Isnin yang lepas, para penumpang di stesen tersebut telah disajikan dengan gambar-gambar kucing yang sangat comel. Berikut adalah di antara foto-foto kucing di stesen keretapi tersebut:


*Gambar ehsan Glimpse


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Iklan Di Stesen Subway London Digantikan Dengan Foto Kucing?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×