Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ketahui Nilai Bersih Anda

Anda sudah tentu pernah mendengar frasa ‘Nilai Bersih’ (net worth) sekurang-kurangnya sekali. Ini terutama apabila Forbes mengeluarkan senarai manusia terkaya setiap tahun yang memaparkan nilai kekayaan billionair-billionair di seluruh dunia. Tahukah anda, semua orang sebenarnya memilki nilai bersih! Maklumat ini amat penting dalam memberi gambaran kasar akan status kewangan peribadi dan membantu untuk merancang pelan persaraan.

Langkah Mudah untuk Mengira Nilai Bersih

Secara amnya, nilai bersih adalah perbezaan antara apa yang anda miliki dengan komitmen tanggungan  anda: aset tolak hutang.

Nilai Bersih = Aset – Hutang

Dalam membuat pengiraan, anda perlu menyenaraikan semua aset yang anda miliki, termasuklah:

  • Jumlah dalam akaun cek dan simpanan
  • Jumlah dalam akaun persaraan dan brokeraj
  • Nilai pasaran rumah
  • Anggaran nilai barang-barang di dalam rumah yang boleh dijual.
  • Nilai pasaran kereta
  • Nilai tunai insurans hayat
  • Pelaburan (saham, bon, unit amanah)
  • Tunai
  • Pendapatan dari sewa (selepas menolak kos dan komitmen pinjaman)

Selepas itu, senaraikan semua tanggungan-tanggungan hutang yang perlu anda bayar:

  • Pinjaman rumah (pajakan, sewa beli, dan lain-lain)
  • Pinjaman kereta
  • Kad kredit
  • Pinjaman pelajaran
  • Hutang-hutang lain, seperti pinjaman peribadi

Dengan melakukan pengiraan dan audit yang ringkas ini, anda dapat menilai kadar kewangan peribadi, selain merancang untuk mencapai kebebasan kewangan dan bukan sahaja cuba untuk hidup dari gaji ke gaji setiap bulan.

Mengapa Anda Perlu Mengambil Berat Nilai Bersih Peribadi?

1. Memberi Gambaran ‘Kesihatan’ Kewangan Peribadi

Untuk mencapai matlamat kewangan yang anda tetapkan, nilai bersih akan menjadi indikator kasar sama ada anda telah mengambil tindakan yang betul ataupun tidak. Jika ianya negatif, ini adalah amaran untuk anda supaya mengambil tindakan untuk melangsaikan hutang-hutang anda terlebih dahulu. Jika anda mampu, gunakan pelan pindahan baki ataupun penyatuan hutang.

Lihat juga: Pelan Pindahan Baki Terbaik di Malaysia

2. Ketahui Sama Ada Anda Telah Terlebih Berbelanja

Dengan menyenaraikan hutang-hutang yang anda tanggungi, terutamanya yang memiliki jumlah yang banyak seperti pinjaman kereta ataupun rumah, corak perbelanjaan akan lebih mudah untuk dijejaki dan diurus. Ianya akan membantu anda untuk mengurangan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak diperlukan, dan menyusun kembali keutamaan ketika berbelanja.

3. Asas untuk Merancang Sasaran Kewangan

Nilai peribadi semasa juga boleh menjadi kepada asas kepada sasaran-sasaran kewangan anda dalam jangka masa 5 tahun mahupun 10 tahun. Dari inilah, anda boleh merancang aset-aset yang boleh dimiliki serta mengurus hutang agar tidak terteban.

Nasihat kami? Hati-hati ketika memohon pinjaman dan pastikan nisbah khidmat hutang anda tidak melebihi 50%, (nisbah yang dicadangkan oleh agensi Kerajaan, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit). Dapatkan maklumat lanjut mengenai nisbah khidmat hutang di artikel ini!

Selain itu, cari peluang untuk mengembangkan simpanan secara aktif mahupun pasif melalui pelaburan. Pilih aset yang mampu menjana pendapatan. Mungkin bagi sesetengah pihak membeli rumah mampu menjana pendaptan melalui sewaan, namun nilai bayaran ansuran yang tinggi akan mengurangkan pendapatan dari hasil sewa tersebut. Maka, pastikan anda membuat perancangan yang betul untuk menjadikan hartanah sebagai satu pelaburan.

Jika anda berhasrat untuk melabur dalam saham atau unit amanah:

  • 5 Langkah Mudah untuk Mula Melabur dalam Pasaran Saham
  • Tips Pelaburan DIY dalam Unit Amanah dari FundSupermart.com

Jika dibandingkan, pengurusan nilai bersih adalah hampir sama seperti menguruskan penyata pendapatan dan kunci kira-kira syarikat. Maka, pastikan pendapatan dan aset anda lebih tinggi dari hutang dan liabiliti.

The post Ketahui Nilai Bersih Anda appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

Ketahui Nilai Bersih Anda

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×