Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suka Membeli-Belah? Jadikan Ia Kerjaya Anda!

kerjaya-personal-shopper

Istilah ‘personal shopper’ atau pembeli peribadi mungkin kedengaran asing kerana perkhidmatan ini masih lagi baharu dalam pasaran. Secara amnya, ia merupakan perkhidmatan berbayar yang akan membantu pelanggan membeli barangan yang diingini, dari proses konsultasi peribadi, pembelian, hingga ke penghantaran barang.

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, ini seperti kerjaya impian! Namun, untuk menjadi pembeli peribadi yang berjaya, kemahiran dan ilmu yang betul diperlukan.

Di Malaysia, semakin banyak perkhidmatan pembeli peribadi telah ditawar, sama ada secara sepenuh atau separuh masa, dengan sokongan media sosial serta permintaan pelanggan yang meningkat. Anda boleh baca pengalaman Cik Nazziatul Hikmah Abd Rahman, pembeli peribadi sambilan yang bekerja di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengetahui akan perkhidmatan yang beliau tawarkan serta pendapatan dari kerjaya tersebut.

Dalam skala yang lebih besar, anda boleh ikuti HonestBee, pembekal perkhidmatan pembelian dan penghantaran barangan runcit, makanan, dan pakaian yang beroperasi dari Singapura dan baru sahaja mengembangkan sayap mereka ke Malaysia. Syarikat ini bersaing dengan HappyFresh, yang turut menawarkan perkhidmatan yang serupa.

Selain itu, di Malaysia juga ada GoGet Malaysia, yang menawarkan perkhidmatan membantu pelanggan dalam melaksanakan tugas-tugas harian, seperti menghantar barangan, membuat pembelian, malah beratur membeli tiket, seperti yang dilakukan syarikat dari New York ini!

Untuk membantu anda memahami industri ini, CompareHero.my telah menemubual Pengasas Helpr.my, Ang Kok Seong untuk mendapatkan pandangan mengenai kerjaya pembeli peribadi dan perkembangan semasa industri ini di Malaysia.

Cari Kategori yang Sesuai

Sebelum menjadi pembeli peribadi, anda perlu mengenalpasti produk di pasaran seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, perabot, barangan runcit, dan lain-lain, dan juga jenis permintaan yang wujud. Menurut Ang, jika produk boleh dibeli dengan mudah dari laman web seperti Lazada atau Zalora, ia agak sukar untuk anda fokus ke produk atau kategori tersebut.

“Kaji permintaan produk tersebut serta lokasi yang bakal menjadi sasaran perkhidmatan anda. Jika ianya kawasan pinggir bandar dengan permintaan tinggi untuk produk dan jenama tertentu, ianya stategi yang bagus untuk menjadi pembeli peribadi di kawasan tersebut.”

Dengan perabot IKEA sebagai fokus utama, pelanggan Ang telah bertambah sejak syarikat tersebut bermula pada tahun 2015. Dengan mengambil pesanan untuk produk IKEA dari pelanggan di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan luar negara, Helpr.my membantu menghantar produk tersebut ke rumah pelanggan-pelanggan yang sukar mendapatkan perabot IKEA.

Setakat ini, terdapat 2 jenis pembeli peribadi di Malaysia: mereka yang memberi tumpuan kepada produk tempatan, dan pembeli dengan fokus kepada produk antarabangsa. Bagi fokus dalam negara, syarikat seperti Helpr.my dan GoGet merupakan antara yang terkemuka dalam menawarkan perkhidmatan ini, di samping pembeli-pembeli peribadi lain yang menjadikannya sebagai perkerjaan sampingan mereka, di samping kerjaya seperti jurusolek dan perunding kecantikan.

Kebanyakan pembeli peribadi ini mengambil menggunakan kuasa media sosial sepenuhnya seperti Instagram, Facebook, dan Youtube untuk mempromosi dan menawarkan perkhidmatan mereka. Antara yang popular ialah Kenny Yee, jurusolek professional yang turut menjadi pembeli peribadi dan konsultan kecantikan untuk klien beliau dalam industri peragaan.

comparehero_visasignature

Namun, jangan terkeliru dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembeli peribadi, peniaga online serta laman web. Pembeli peribadi memberikan pendapat pakar untuk memastikan produk yang anda beli sesuai dan berbaloi, dengan menawarkan perkhidmatan khusus untuk pelanggan, berdasarkan prinsip setiap pelanggan adalah unik dan memiliki keistimewaan tersendiri.

Peniaga online dan laman e-dagang pula hanya menjual produk kepada pembeli. Contohnya, Miraramly mengiklankan serta menjual pakaian dan aksesori fesyen, berbanding apa yang kami huraikan di atas. Beliau lebih kepada peniaga online.

Selain itu, sesetengah pembeli peribadi turut membuat perkhidmatan pergi keluar negara dan membantu pelanggan mereka membeli jenama-jenama antarabangsa yang lebih mahal atau tidak dijual di Malaysia. Sumber CompareHero.my (yang inginkan nama beliau dirahsiakan) yang mahir dengan perkhidmatan seperti ini memaklumkan bahawa pembeli-pembeli peribadi akan menikmati margin keuntungan yang tinggi, kerana sesetengah jenama seperti Gucci dan Adidas NMD lebih murah di luar negara, seperti di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Menurut sumber kami, “Mereka akan menikmati margin keuntungan sehingga 50% kerana membawa barang tersebut melalui kastam, dan tidak akan dikenakan cukai import. Tindakan ini mungkin salah dari segi undang-undang, tetapi risiko tersebut diambil disebabkan keuntungan yang tinggi.”

Berapa Bayaran yang Diterima?

Bergantung kepada perkhidmatan yang anda tawarkan – sama ada secara sambilan atau sepenuh masa – Ang mengatakan bayaran bagi perkhidmatan pembeli peribadi berbeza dari satu kategori produk ke ketegori yang lain. Untuk pemebeli peribadi sepenuh masa yang bekerja dengan syarikat, gaji permulaan (untuk pekerja tanpa pengalaman) adalah dari RM1,500 – RM2,500 sebulan.

Sesetengah syarikat dan startup turut menawarkan peluang pekerjaan pembeli peribadi secara sambilan, terutamanya kepada suri rumah dan pelajar. Bayaran yang diberikan sekitar RM15 – RM25 sejam.

Bagi pembeli peribadi perseorangan pula, bayaran yang bakal diterima bergantung kepada kemahiran untuk berunding dengan pelanggan serta reputasi perkhidmatan. Setakat ini, belum ada lagi maklumat mengenai kadar bayaran semasa untuk pembeli peribadi. Tetapi, Helpr.my mengenakan caj perkhidmatan antara 8% – 12% dari harga barang kepada pelanggan. Jika anda berhasrat untuk menjadi pembeli peribadi, kadar ini boleh dijadikan sebagai rujukan.

Walaupun dengan skop kerja yang menarik, Ang turut menggariskan 2 cabaran utama dalam industri ini: mereka katalog perkhidmatan dan menawarkan caj yang berpatutan. Untuk cabaran yang pertama, ianya lebih kepada menyediakan katalog yang mesra pengguna dengan maklumat yang tepat, kerana maklumat bagi sesetengah jenama adalah banyak dan mudah berubah.

Malah, pembeli peribadi juga perlu mengkaji caj yang sesuai bagi menanggung kos operasi dan pada masa yang sama akan menarik pelanggan. Jumlah belian minima dan caj perkhidmatan perlu dihuraikan dengan jelas agar pelanggan merasakan perkhidmatan anda berbaloi untuk digunakan.

Jika anda berhasrat untuk menceburi industri pembeli peribadi, ini langkah-langkah yang perlu anda ambil;

  1. Tubuhkan perniagaan anda

Pilih kategori yang anda rasakan sesuai (perabot, fesyen, gajet elektronik), dan  reka platform untuk memasarkan khidmat anda (laman web, akaun media sosial). Pilih kategori dan produk yang memiliki permintaan yang tinggi!

  1. Sertai syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini

Anda boleh mencari syarikat yang menawarkan kerjaya pembeli peribadi professional sepenuh masa. Hantar resume ke syarikat-syarikat seperti Helpr.my, HonestBee, atau HappyFresh Malaysia dan jadi pembeli peribadi dalam kategori yang anda gemari.

  1. Pekerjaan sambilan sewaktu melancong

Anda merancang untuk melancong ke luar negara? Ambil peluang untuk membuat pendapatan sampingan! Buat kajian mengenai produk negara tersebut yang popular di Malaysia ataupun jenama-jenama antarabangsa yang dijual murah (biasanya aksesori dan pakaian). Awasi cukai import yang tinggi!

Jika anda merancang untuk lebih maju dalam industri ini dan mengembangkan perniagaan anda, seperti yang dilakukan oleh ShopandBox, anda boleh mohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah berpatutan untuk memulakan langkah pertama kearah menjadi pembeli peribadi terkemuka di pasaran!

personal-loan-apply-cta

The post Suka Membeli-Belah? Jadikan Ia Kerjaya Anda! appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

Suka Membeli-Belah? Jadikan Ia Kerjaya Anda!

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×