Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tanda Sindiket Penipuan Forex

Sindiket penipuan Dagangan Forex semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pada Disember 2015, pihak polis telah menahan satu Sindiket Penipuan Forex dan menyita kira-kira RM2.7 juta. Mari kita ketahui bagaimana anda boleh mengesan sindiket penipuan Forex dan lindungi diri anda dari menjadi mangsa.

Apa itu Dagangan Forex?

Forex atau FX, adalah singkatan kepada foreign exchange yang melingkungi jualan, belian, dan dagangan matawang. Antara sindiket berkaitan Forex yang paling popular ialah skim yang menawrkan keuntungan dan pulangan yang tinggi.

Walaupun dagangan Forex memiliki reputasi yang agak negatif di Malaysia disebabkan sindiket penipuan yang berkaitan, aktiviti ini sebenarnya sah disisi undang-undang Malaysia. Dagangan Forex hanya dikira salah disisi undang-undang apabila ia tidak dilakukan oleh bank dalam negara yang berlesen atau individu yang tidak memperoleh kebenaran dari Bank Negara Malaysia. Ini kerana hanya institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans, syarikat kiriman wang, atau pedagang matawang berlesen dibawah Bank Negara Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia.

Anda boleh rujuk halaman berikut untuk senarai syarikat-syarikat dan institusi kewangan yang berdaftar dengan BNM untuk dagangan Forex.

Apakah Ciri-Ciri Sindiket Penipuan Dagangan Forex?

‘Beroperasi’ Diluar Negara

Banyak sindiket penipuan forex beroperasi diluar negara untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa mereka. Operator sindiket tersebut akan menghubungi ‘pelabur’ dan meminta mereka untuk menghantar kontrak serta borang ke ibu pejabat yang terletak diluar negara untuk ditandatangan.

Malangnya, dokumen tersebut kemudiannya tidak ditandatangani. Tanpa sebarang kontrak, tindakan undang-undang tidak boleh diambil, tidak kira sama ada pelabur berpuas hati dengan transaksi yang dilakukan atau sebaliknya. Malah, disebabkan kebanyakan sindiket ini beroperasi diluar negara, ianya diluar bidang kuasa pihak berkuasa Malaysia.

Menawarkan Pulangan Dan Keuntungan yang Tinggi

Untuk menarik bakal pelabur melaburkan lebih banyak wang, operator sindiket akan menawarkan pulangan permulaan yang tinggi untuk pelaburan pertama anda. Dengan keuntungan tersebut, anda kemudiannya akan lebih yakin untuk melabur lebih banyak modal. Malangnya, selepas pelaburan kedua tersebut, sindiket penipuan tersebut akan menghilangkan diri tanpa dikesan dan memutuskan hubungan dengan anda, lantas mendatangkan kerugian.

Mendakwa Syarikat Mereka Beroperasi dalam Skala yang Kecil

Sindiket penipuan dagangan Forex ini biasanya beroperasi dalam skala yang kecil dan akan mendakwa ianya demi meningkatkan keberkesanan operasi mereka. Mereka juga akan mendakwa proses pelaburan dibawah mereka amat mudah, dengan sedikit atau tiada dokumen dan proses pengenalan diperlukan. Operator tersebut mungkin akan melengah-lengahkan proses pengesahan dokumen untuk melancarkan transaksi. Lantas, pelabur berhadapan dengan risiko ditipu kerana kurangnya dokumentasi untuk dijadikan bukti.

Bagaimana Untuk Melindungi Diri Anda dari Sindiket Penipuan Dagangan Forex?

Hanya menggunakan khidmat pedagang berdaftar

Dalam topik dagangan Forex, pelabur sepatutnya hanya menggunakan khidmat institusi kewangan berlesen di Malaysia. Bank dan institusi kewangan yang berlesen in terdiri dari bank komersial, bank Islamik, bank pelaburan, dan juga bank Islamik antarabangsa. Hal ini demikian kerana jika ada kejiadian buruk berlaku, peluang untuk mendapatkan wang pelaburan anda kembali jika berurusan dengan bank di luar negara amat sukar.

Selain itu, pengambilan deposit juga adalah dilarang sama sekali jika anda tidak memegang lesen dari Bank Negara. Maka, jika ada pihak yang ingin mengurus wang anda dan mendakwa boleh memberikan pulangan yang tinggi, jauhi mereka segera.

Selalu semak status pedagang dengan pihak berkuasa

Selalu semak status pedagang Forex dengan pihak berkuasa seperti BNM atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum menggunakan khidmat mereka. Suruhanjaya Sekuriti dan BNM memiliki senarai laman web yang tidak sah, produk pelaburan, syarikat, dan individu yang menawarkan khidmat nasihat kewangan, perancangan kewangan atau pengurusan dana secara haram.

Selain itu, BNM turut memiliki halaman Financial Consumer Alert dan akan memaklumkan pengguna akan syarikat atau laman web yang tidak mempunyai kebenaran untuk menawarkan khidmat kewangan.

Tuntasnya, pelaburan akan sentiasa memiliki risiko, dengan sesetengah pelaburan adalah lebih berisiko berbanding yang lain. namun, harus diingat sekiranya pelaburan yang ditawarkan kepada anda memiliki ciri-ciri ‘too good to be true’,  anda perlu waspada! Dalam mencari khidmat kewangan, sentiasa jauhi risiko dan berurusanlah dengan pihak berlesen.

Lihat juga: Tips Mengesan dan Menjauhi Sindiket MLM di Malaysia

Bandingkan produk-produk kewangan (kad kredit, pinjaman peribadi serta internet jalur lebar)secara mudah dan percuma di CompareHero.my.

Save

Save

Save

The post Tanda Sindiket Penipuan Forex appeared first on Financial News and Advice in Malaysia.



This post first appeared on CompareHero.my Financial News And Advice, please read the originial post: here

Share the post

Tanda Sindiket Penipuan Forex

×

Subscribe to Comparehero.my Financial News And Advice

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×