Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gambar LG V20 Tertiris – Dilengkapi Dwi Kamera Belakang Dan Dwi Skrin

Gambar sebenar LG V20 akhirnya tertiris dan mengesahkan gambaran peranti yang tertiris sebelum ini. Peranti pertama yang akan menggunakan Android Nougat (selain Nexus) ini adalah yang pertama mempunyai dwi-kamera hadapan, dwi-kamera belakang dan dwi-skrin pada bahagian hadapan. Dwi kamera hadapan sudah digunakan sejak V10. Dua kamera selfie hadapan ini menggunakan lensa 80 dan 120 darjah. Apabila gambar digabungkan akan memberikan selfie sudut lebar seperti menggunakan kayu selfie.

LG-V20-1

Spesifikasi lain LG V20 ialah skrin 5.7″ dan diperkasakan pemproses Snapdragon 820. Dwi Kamera Belakang akan menggunakan sistem yang sama seperti LG G5. Sebuah lensa untuk mengambil gambar jauh dan sebuah lagi untuk gambar makro. Akhir sekali dwi-skrin hadapan membolehkan notifikasi dipaparkan sentiasa pada bucu atas sebelah kanan peranti. LG V20 akan dilancarkan 6 September hadapan.

LG-V20-2



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Gambar LG V20 Tertiris – Dilengkapi Dwi Kamera Belakang Dan Dwi Skrin

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×