Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Solitaire Dan Tic Tac Toe Boleh Dimainkan Dari Carian Google

Bosan di pejabat pada pagi Jumaat ini? Aplikasi permainan dihalang dari dipasang pada komputer pejabat? Jangan risau anda kini boleh memainkan permainan kad Solitaire dan Tic Tac Toe terus dari laman carian Google. Anda hanya perlu melakukan carian ke atas dua permainan ini dan ia akan muncul pada bahagian atas laman Google.

Ia boleh digunakan pada komputer desktop dan juga peranti pintar di tangan anda. Apabila Tic Tac Toe dimainkan, anda boleh bermain menentang komputer pada tahap kesukaran tinggi dan juga dengan kawan sepejabat. Selepas ini diharap Google boleh menyokong 3D Pinball Space Cadet pula terus dari laman carian mereka. Ini permainan yang sebenarnya boleh mendatangkan ketagihan lebih tinggi dari Pokemon GO.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Solitaire Dan Tic Tac Toe Boleh Dimainkan Dari Carian Google

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×