Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

9 Cara Untuk Mendapatkan Gambar Berkualiti Leica Dengan Menggunakan Huawei P9 Plus

Huawei P9 Plus membolehkan anda mendapatkan pelbagai jenis Gambar yang menarik melalui penggunaan fungsi yang didatangkan pada kamera peranti ini. Ia hadir dengan tetapan fotografi yang menyeluruh bagi membantu anda menghasilkan imej yang unik seolah-olah diambil menggunakan kamera profesional. Pada artikel kali ini, kami ingin menyenaraikan beberapa cara menarik untuk mendapatkan gambar berkualiti Leica dengan menggunakan Huawei P9 Plus.

01
Gunakan Rule of Thirds

Perkara yang dilihat asas namun mudah untuk digunakan ketika proses pengambilan gambar adalah dengan menggunakan teknik Rule of Thirds. Ia merangkumi dua garisan menegak dan dua garisan melintang yang mampu menjadi panduan kepada anda ketika berfotografi. Sekiranya anda sering mengambil gambar Subjek pada bahagian tengah, letakkan subjek anda pada garisan persimpangan (intersection) antara garisan menegak dan melintang pada bahagian kiri atau kanan.

02
Penceritaan Di Belakang Objek

Gambar yang diambil mungkin boleh menceritakan perkara di belakang subjek dengan memfokuskan subjek ke sudut bahagian yang lebih ke bawah. Ia boleh memaparkan situasi yang berlaku di belakang subjek sekaligus memberikan dua penceritaan di dalam satu gambar. Subjek juga boleh menggayakan penceritaan tersendiri bagi menyerlahkan hasil imej yang diambil.

03
Lihat Objek Sekeliling Dengan Perspektif Lain

Apabila berada di sesuatu kawasan, lihat dan perhatikan objek yang boleh menampakkan keunikan pada gambar yang bakal diambil. Objek disekeliling seperti tingkap mampu memberikan penceritaan tersendiri apabila anda mengambil gambar di belakang objek ini.

04
Cari Papan Iklan Interaktif
Papan iklan juga boleh menjadi penyeri kepada keunikan gambar anda dengan kehadiran paparan yang menarik di belakang subjek. Ia menawarkan paparan yang berbeza di setiap saat yang mana memerlukan anda menggunakan mod ‘burst shot’ untuk proses ambilan gambar secara pukal. Subjek akan berada dalam keadaan silhouette apabila menggunakan cara fotografi ini.

05
Gunakan Kombinasi Plastik Dan Cahaya

Sekiranya anda tidak mampu untuk berada di luar, penggunaan plastik berwarna bersama lampu flash pada telefon dilihat cukup untuk menghasilkan sebuah gambar yang menarik. Pastikan keadaan di sekeliling berada dalam keadaan gelap dan letakkan titik fokus pada cahaya untuk mengelakkan kesan noise pada keseluruhan gambar.

06
Gunakan Aperture Mode pada Huawei P9 Plus

Penggunaan Aperture Mode melalui kamera Huawei P9 Plus mampu memberikan kesan ’bokeh’ di belakang subjek seperti mana yang diambil melalui kamera DSRL. Menariknya, kesan ini boleh diubah selepas gambar diambil dengan kebolehan mengubah kedudukan dan kekuatan fokus.

07
Bermain Dengan Eksperesi Model

Model memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan gambar yang berekspresi. Sekiranya anda mempunyai tema tertentu untuk fotografi anda, pastikan model mampu memberikan ekspresi yang diperlukan termasuk dari segi raut wajah dan penampilannya. Seperti contoh, jika anda menggunakan tema ‘hopeless’, model tersebut mampu memberikan ekspresi dalam keadaan ‘tercari-cari’ untuk menyempurnakan tema yang berkaitan.

08
Cari Bangunan Dengan Elemen Lama

Bangunan atau rumah lama mempunyai kisah tersendiri apabila dilihat dari segi kelusuhan fizikalnya. Ia sesuatu yang mudah dicari kerana bangunan yang berusia ini boleh didapati pada setiap pelusuk lokasi yang anda berada. Penggunaan subjek seperti orang awam dilihat dapat menambah penceritaan di dalam gambar anda.

09
Gunakan Kombinasi Tripod & Shutter Speed Untuk Penggambaran Malam

Kawalan manual pada Huawei P9 Plus memberikan anda kelebihan untuk bermain dengan beberapa tetapan seperti ISO dan Shutter Speed. Apabila tiba pada waktu malam, kedua-dua tetapan ini dilihat penting untuk mendapatkan hasil gambar yang terang dan menyerlah melalui bantuan tripod. Dengan menetapkan ISO yang rendah dan shutter speed yang lama, ia memberikan anda efek ‘light trail’ untuk setiap objek yang bergerak.

Jadi itulah cara-cara fotografi menarik bagi anda yang inginkan kelainan ketika menggunakan kamera Huawei P9 Plus ini. Ia sebuah peranti yang menarik untuk tujuan penggambaran melalui keupayaan dua sensor berbeza iaitu sensor RGB dan monokrom yang mana boleh ditukar mengikut pilihan fotografi anda.

Sekiranya anda selesa untuk mengambil gambar tidak berwarna, mod monokrom pada P9 Plus ini pasti membuatkan anda menyukai dengan hasil gambar yang diambil. Beberapa fungsi lain seperti kawalan manual yang menyeluruh dan Aperture Mode juga dilihat menjadi kelebihan utama P9 Plus dalam menawarkan gambar ke arah profesional dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Penafian: Advertorial dari Honor



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

9 Cara Untuk Mendapatkan Gambar Berkualiti Leica Dengan Menggunakan Huawei P9 Plus

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×