Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Android 7.0 Nougat Mula Diperkenalkan Untuk Peranti Nexus Bermula Hari Ini

Google telah memperkenalkan Android N sejak awal tahun ini, selain turut telah mengumumkan nama akhirnya, Android 7.0 Nougat tidak lama sebelum ini. Hari ini, selepas melalui pelbagai fasa beta dan ujian, akhirnya Google secara rasminya memperkenalkan sistem operasi mudah-alih terbaru mereka kepada semua.

Bermula hari ini, sekiranya anda menggunakan telefon pintar Nexus 6P, Nexus 5X, Nexus 6 atau Nexus 9, anda boleh menaik-taraf sistem operasi anda kepada Android 7.0 Nougat dan menikmati sejumlah fungsi baru yang dibawakan olehnya.

Android 7.0 Nougat menawarkan kemaskini pada antaramuka – dimana kini talam notifikasi lebih kemas dengan notifikasi yang tersusun mengikut jenis aplikasi. Disamping itu, pengguna juga ditawarkan kemudahan untuk membalas mesej terus daripada notifikasi tanpa perlu membuka aplikasi penuh berkenaan.

Android 7.0 Nougat juga turut membawakan sokongan multi-window, membolehkan pengguna menggunakan dua aplikasi secara bersebelahan pada waktu yang sama – dan sangat berguna pada skrin bersaiz besar.

Google turut menambah sejumlah pengoptimasian pada sistem operasi berkenaan, termasuk penjimatan bateri Doze yang ditambah-baik. Android terkini ini juga menyertakan sejumlah sokongan emoji baru, disamping beberapa fungsi yang lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti Nexus, anda akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat bermula hari ini. Google sering memperkenalkannya secara berperingkat – maka ia mungkin mengambil tempoh melangkaui seminggu sebelum anda menerimanya.

Untuk peranti Android lain, ia bergantung kepada pengeluar sama ada ingin menawarkannya ataupun sebaliknya. Kebiasaan, ia akan mengambil masa berbulan lagi sebelum diperkenalkan kepada pengguna disebabkan pengeluar peranti akan membuat penambahan dan perubahan pada antaramuka yang ditawarkan – serta mengoptimasikan ia mengikut spesifikasi sesuatu peranti berkenaan.

Layari : Android 7.0 Nougat



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Android 7.0 Nougat Mula Diperkenalkan Untuk Peranti Nexus Bermula Hari Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×