Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Honor Menjanjikan Kemaskini Sistem Operasi Sehingga 24 Bulan

Honor Menjanjikan Kemaskini Sistem Operasi Sehingga 24 Bulan

Honor merupakan salah satu subsidiari dibawah Huawei yang sering hadir dengan pelbagai penawaran peranti menarik – tetapi pada harga yang lebih rendah berbanding kebiasaannya. Terkini, mereka dalam perancangan untuk memperkenalkan Honor 8 di Malaysia tidak lama lagi.

Pada awal minggu ini, mereka telah memperkenalkan peranti sama, iaitu Honor 8 untuk pasaran Amerika Syarikat, dan turut berkongsi sejumlah perkara menarik mengenai perancangan jenama berkenaan bermula daripada pengenalan peranti berkenaan.

Menurut pihak Honor, bermula daripada Honor 8, mereka merancang untuk menawarkan sokongan kemaskini perisian Sistem Operasi Sehingga 24 bulan lamanya. Sokongan perisian seperti ini semestinya disukai ramai, apatah lagi pihak Google sendiri melalui Nexus hanya menjanjikan sokongan sistem operasi sehingga 18 bulan sahaja.

Ramai pengguna tidak begitu meminati sokongan perisian untuk peranti Android – dimana kebanyakkannya tidak menerima kemaskini, dan jikalau menerimanya ia akan mengambil masa yang sangat lama berbanding pelancaran rasmi versi sistem operasi berkenaan. Sebagai contoh, sementara Android Nougat akan hadir dalam beberapa minggu lagi, masih terdapat sejumlah peranti yang masih belum menerima Marshmallow sehingga ke hari ini.

Namun, pengumuman Honor ini semestinya akan diperhatikan ramai – dan mungkin ramai akan memilihnya selepas ini sekiranya Honor dapat mengekalkan janji mereka untuk sokongan perisian dan kemaskini Android ini.Honor 8 dan beberapa peranti lain selepas ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Honor Menjanjikan Kemaskini Sistem Operasi Sehingga 24 Bulan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×