Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LG Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Peranti Mudah-Alih Tersendiri Menggunakan Fasiliti Intel

LG Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Peranti Mudah-Alih Tersendiri Menggunakan Fasiliti Intel

Intel pada awal pagi hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan ARM dalam membolehkan Cip Pemprosesan berasaskan rekaan dan teknologi ARM dikeluarkan melalui kilang Intel. Ketika pengumuman, tiada sebarang jenama besar diketahui yang akan menggunakannya, tetapi kini ia dilihat LG akan menjadi antara yang terawal menggunakan fasiliti berkenaan.

LG dan Samsung sering bersaing dalam hadir dengan beberapa perkara yang lebih kurang sama. Memandangkan Samsung sedia mempunyai cip Exynos mereka, ia turut telah diperkatakan sedia lama yang mana LG akan hadir dengan cip Pemprosesan tersendiri.

Melalui kilang pengeluaran Intel, pihak LG dilihag akan menggunakan kelebihan pengeluaran cip 10-nanometer, sekaligus memberikan kelebihan dari segi pemprosesan dan juga penggunaan tenaga bateri.

Pihak LG masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perkara ini. Namun, salah satu syarikat yang akan menerima kesan daripadanya adalah Qualcomm, yang mana merupakan penyedia cip pemprosesan untuk sejumlah peranti keluaran LG pada hari ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LG Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Peranti Mudah-Alih Tersendiri Menggunakan Fasiliti Intel

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×