Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

HP Hadir Dengan Beg Galas Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Dan Peranti Pintar

Pada hari ini, dengan penggunaan pelbagai peranti pintar sepanjang hari dalam kehidupan harian. Menyedari perkara ini dan permintaan untuk pengecas mudah-alih daripada ramai pengguna, beberapa pengeluar telah hadir dengan penawaran Beg Galas yang diintegrasikan dengan bateri padanya. Kini, menyertai pelbagai penawaran di pasaran adalah HP.

Seperti ramai sedia maklum, HP merupakan pengeluar komputer terkemuka dan baru-baru ini telah hadir dengan HP Spectre yang sangat nipis. Penawaran terbaru daripada HP ini adalah sebuah beg galas yang menyertakan bateri berkapasiti 22,400mAh, dinamakan sebagai HP Powerup Backpack.

Daripada video promosi yang disediakan oleh HP, mereka mengatakan bateri yang hadir terbina pada Beg Galas Ini boleh mengecas telefon pintar sehingga 10 kali, ataupun digunakan untuk mengecas penuh sesuatu komputer riba.

Beg galas ini membawakan rekaan seumpama pelbagai beg galas lain di pasaran, tetapi turut hadir dengan beberapa poket khusus untuk meletak beberapa peranti dan perkara lain, disamping ruangan udara supaya beg tidak menjadi panas ketika mengecas.

Penawaran terbaru daripada HP ini semestinya akan menjadi pilihan ramai pengguna yang sering bertugas di luar. HP Powerup Backpack ini boleh dipra-tempah melalui Amazon hari ini pada harga $199 (~RM803), dan akan ditawarkan bermula 1 Oktober kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

HP Hadir Dengan Beg Galas Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Dan Peranti Pintar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×